Ya Rasulallah. Tanggal 12 Rabiul Awwal 1433 H, satu dunia menyambut ulang tahun kelahiranmu. Ya Rasulallah, selawat ke atasmu sebagai pengubat rinduku padamu.
Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w. Terimalah kami sebagai ummatmu.
# # # # # # # # # #
“Haish.. Sejak kau balik dari camping haritu asyik tersenyum sorang-sorang. Kenapa? Jumpa kekasih hati ke?”
Ukhti Cuma senyum. Tak mengiakan tak pula menafikan.
“Eh minah. Aku cakap dengan kau ni. Ceritalah sikit pasal buah hati kau tu.”
“Erm… Apa yang kau nak tahu?”
“Bagitahulah. Macam mana kau boleh jatuh hati kat dia.”
“Sebab dia baik hati, sentiasa senyum, suka tolong isteri..”
“Huh? Kau minat kat suami orang? Kau biar betul. Jangan jadi orang ketiga dalam rumahtangga orang.”
“Dah takde dah pun kekasih hati aku tu”
“So, kau nak bercinta dengan orang yang dah mati? Seram aku.”
“Apalah kau ni. Kalau aku bagitahu nama dia, pasti kau pun nak mengaku kekasih kau.”
“Kenapa pula? Aku dah ada boyfriend ok! Tak mainlah ambil orang punya.”
“Apalah kau ni. Meh aku bagitahu siapa dia, Nabi kitalah. Nabi Muhammad s.a.w.”
“Ceh. Kau!”
“Ok lah. Meh aku cerita sikit macam mana aku boleh ‘jumpa’ baginda waktu camping haritu.”
# # # # # # # # # #
Sepanjang YOQ tempoh hari, segala aktiviti yang disusun bukan sekadar menguji ketahanan fizikal. Malah, membawa aku lebih dekat kepada Nabiku, Nabi Muhammad s.a.w.
Bermula dengan amazing race, pelbagai cabaran terpaksa aku tempuh. Habis satu KL aku dan sahabat-sahabat pusing. Dengan bekalan wang yang terhad. Penat. Lapar. Kadang-kadang, rasa nak putus asa. Untuk apa aku tempuh semua ni? Adik aku dah balik kampong bersenang lenang.
“Ukhti, bertabahlah. Cuba kita imbas kembali seerah perjalanan nabi dan para sahabat. Mereka berjalan kaki merentasi padang pasir ketika berhijrah. Dalam perang Khandaq, mereka menggali parit dalam kelaparan dan kepanasan. Cuma berbekalkan sebiji kurma yang dikongsi ramai-ramai, mereka meneruskan jua perjuangan. Nah. Ni ana ada sikit coklat dan air mineral. Ambillah.”
Bagaimana aku tidak terkesan sedangkan perjuangan nabi itu lebih susah. Alhamdulillah.
Dalam War Game, kami semua yang bergabung membentuk satu kumpulan besar perlu berhijrah ke Madinah (dewan). Dalam perjalanan, kami perlu mencari risalah-risalah yang berada sepanjang perjalanan tersebut.
Namun, perjalanan tak semudah itu. Kuffar Quraisy (yang dilakonkan oleh fasi) berada di mana-mana untuk menghalang hijrah kami. Siapa yang ditangkap pasti syahid dan terkeluar dari permainan.
Namun, ‘hijrah’ kami ni kalau nak dibandingkn dengan hijrah nabi, takde apa sangat. Cuba bayangkan, nabi ketika berhijrah terpaksa menghadapi satu ugutan bunuh terhadapnya. Tawaran dibuat. Barangsiapa yang Berjaya menangkap nabi dalam keadaan mati atau hidup bakal diganjari 100 ekor unta! Hijrah nabi ini antara hidup dan mati! Sedangkan kami Cuma perlu menghadapi ‘kafir quraisy’ yang tidak memliki apa-apa senjata pun. Paling-paling pun, kekuatan fizikal. Kami juga punya kekuatan itu. Malah, lebih kuat!
Allahu Akbar! Betapa agungnya pengorbananmu ya Rasulallah.
Kami juga nak mencontohi kepahlawanan Khaulah. Siapa kata wanita tak mampu memegang pedang? Khaulah alAazwar dah buktikannya! Lalu, malam itu, berbekalkan semangat perwira Khaulah, kami tumpaskan 'si kafir' yang menghalang hijrah kami.
# # # # # # # # # #
“Hmm.. Dah lah tu. Lain kali aku cerita lagi.”
“Laa. Sikit sangat cerita kau.”
“Meh aku nak tunjuk status sahabat-sahabat aku lepas mukhayyam. Semua orang suka mukhayyam ni. Tak percaya, ni tengok ni.”
. . . . . . .
Fatimah Abas
Alhamdulillah, YOQ’12 OSEM lah…trbaek betul….:)
Hanani Nmh
In life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning
*walaupun YOQ’12 dah habis, hopefully ruh YOQ’12 akan terus ada untuk kita mulakan langkah baruuuuu. Ameennnn ♥
Dieb Ibrahim
Youth Outdoor Quest 2012 memang OSEM!
Nuramirah Mislan
Kembali dengan semangat baru!Saya cinta sayang Rasulullah s.a.w!♥ mood: merindui mukhayyam :D
. . . . . . . .
“Pergh! Macam best. Lain kali kau ajak aku.”
“Boleh. Sekejap lagi aku ada bulatan gembira. Jom lah ikut sekali.”
“Ermm.. boleh la.”
* * * * * * * * * *
Begitulah kesudahannya mukhayyam haritu. Hakikatnya, mukhayyam dah tamat dah pun, tapi sebenarnya perjalanan kami baru bermula. Alhamdulillah, mulai saat ini, aku mula bernafas dengan nafas yang baru. Lebih segar dan bertenaga. Berbekalkan semangat perjuangan nabi dan kemanisan ukhuwwah antara kami.
Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
Jom laksanakan Resolusi YOQ’12 yang kita dah bincang haritu!
____________________________________________________________
Wallahu a'alam.
Sekadar sedikit perkongsian sebagai bukti cinta kepada kekasihku.
kredit foto:
1. Amin Aleman
2. dari kamera Nur Syuhada Roslan, Husna Mohd Amran
Jazakillah ukhti Nur Syuhada Roslan kerana telah menyemak post ini.
Terima kasih, Jazakumullah dan Thank You kepada semua yang telah membantu secara langsung ataupun tidak langsung.
Jazakillah ukhti Nur Syuhada Roslan kerana telah menyemak post ini.
Terima kasih, Jazakumullah dan Thank You kepada semua yang telah membantu secara langsung ataupun tidak langsung.
Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
ReplyDeleteBerkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A
Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK
MCA Youth chief Gombak YIP JIUN HANN,
Concerned father U (YIP KUM FOOK, Gombak MCA) three, four wives and rich, the case U itself,
Yip Jiun Hann, U are not Muslims we please don’t touch of Muslim’s religion and the good thing Prophet MUHAMMAD S.A.W.
Why U try generate name of PROPHET MUHAMMAD S.A.W. for bad name of benefits. U try to remember the shameful of Muslim?
If not, we'll teach U such things happen in the USA
Our sincerely,
PEOPLE GOMBAK