Saturday, April 17, 2010

Laporan 'Brotherhood Futsal Close Challenge'


BROTHERHOOD FUTSAL CLOSE CHALLENGE 2010


Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah

Bersaudara, maka perbaikilah hubungan antara kamu.

(Al-Hujuraat : 10)


Pada 28 Mac 2010, pihak KARISMA daerah Gombak telah menghantar wakil untuk menyertai kejohanan Brotherhood Futsal Close Challenge 2010 (BFCC 2010). Kejohanan ini dilancarkan sebagai langkah awal mewujudkan kesepaduan dan kerjasama antara Karisma-JIM dan Haluan Siswa.


Butir-butir kejohanan adalah seperti berikut :


Program : Brotherhood Futsal Close Challenge 2010

Tempat : Frenzy Futsal Sports Centre, Shah Alam

Tarikh : 28 Mac 2010

Masa : 9.00am – 1.00pm

Anjuran : Karisma-JIM & Haluan Siswa


Seramai 8 pasukan yang dihantar oleh Karisma-JIM dan Haluan Siswa masing-masing bertanding merebut kejohanan di atas gelanggang.


Pasukan Karisma Daerah Gombak diwakili oleh lapan orang pemuda harapan iaitu Abdul Rahim Khamaruzaman, Zuliqram Ramly, Al-Jabier Abdul Rahman, Muhd Fuad Syahmi Jamaludin, Nazrin Qayyum Azis, Mohd Akmal Alif Md Ali, Mohd Arif Hanif Zamri dan Muhamad Akif Akmal Abdul Aziz.


Walaupun kejohanan ini bermula pada masa yang sedikit tertangguh demi memastikan semua pasukan dapat hadir, namun kerancakan permainan dalam gelanggang menutupi kecacatan kecil tersebut.


Pusingan 1, 2, dan 3 dijadikan pusingan peringkat kumpulan untuk mendapatkan johan dan naib johan kumpulan yang seterusnya akan memasuki suku akhir, separuh akhir, dan seterusnya final kejohanan ini.


Walaupun kumpulan yang mewakili Karisma Daerah Gombak tidak berjaya melepasi saingan peringkat kumpulan, tetapi ukhuwwah yang tersimpul sangat terkesan dalam hati setiap pemain. Selain itu, para wakilan ini juga mendapat takrifan awal tentang pergerakan usrah dan kepentingannya dalam kehidupan seharian. Insya Allah, moga Allah membimbing hati-hati pemuda ini untuk terus maju bergerak membimbing ummah.


Akhir kata, secara umumnya matlamat mengeratkan ukhuwwah antara kedua-dua gerakan mahasiswa ini dilihat sedikit sebanyak tercapai. Kemesraan dan kejayaan melancarkan kejohanan ini adalah buktinya. Pihak kami mengharapkan sangat semoga program-program sebegini dapat lagi dilakasanakan pada masa akan datang. Insya Allah Karisma Daerah Gombak bersedia untuk menghantar wakil yang lebih ramai lagi.


-Wakil Karisma Gombak-

5 comments:

  1. alhamdulilla, 1 program yang bagus. moga diterima sebagai ibadah!

    ReplyDelete
  2. qawwiyul jism..jom usahakan!! teringat mcq kene hafal hadith bkaitan ni.huhu
    klu nk seribu daya, klu x nak seribu dalih~

    ReplyDelete
  3. k.sofi, hampir2 lupa buah tangan MCQ itu. apa khabar hadith 'qawiyy' kita? 'Al-mu'minul qawiyy khairun wa ahabbu ilallah...' ..sambung

    tiap kali mukhayyam mesti ada buah tangan mcm ni. itu yg menusuk.

    ReplyDelete