Sahabat-sahabat sekalian, adik-adik, pak cik & mak cik
Thursday, April 29, 2010
Pengumuman: Ceramah Palestin
Sahabat-sahabat sekalian, adik-adik, pak cik & mak cik
Friday, April 23, 2010
tinggal lagi 2 hari=)
muz: jom. saya dengan syida nak pergi pukul 10pg
nurul: owh ok. set!
muz: jangan lupa inform zu
nurul: ok no problem=)
hm sedar tak sedar dah nak habis cuti kita (bagi yang buat short sem la). jom muhasabah balik diri kita sepanjang cuti ni. wajibat yang naqib bagi dah siap? macam mana dengan mutabaah amal masing-masing? solat jemaah, dhuha, puasa sunat, bacaan manfaat, tolong parent dan lain2.
family pula, dah banyak ke kita berbakti untuk mereka? tolong basuh kereta ayah, tolong mak sediakan sarapan, tolong adik-adik siapkan kerja sekolah..macam-macam lagi. masa yg berbaki ni jom kita buat yg terbaik!
sekarang ni, ramai yang dah siap-siap untuk kembali ke uia. barang-barang peribadi, pakaian, bantal, buku, baldi dan lain-lain. jangan lupa bawa quran! hm, ada juga yang merancang untuk tinggal sebilik. ye lah untuk keselesaan diri. alangkah baiknya kalau kita rancang demi kelancaran dakwah. insya ALLAH ada ganjarannya.
ok lah, di sini jk media ingin mengucapkan selamat berjuang kepada semua warga uia yg akan kembali meneruskan perjuangan short sem ni. moga semester ni lebih baik dari semester lepas. perbaiki yang kurang, capai azam yg masih belum tercapai. ingat, seorang muslim itu tak jatuh ke dalam lubang yang sama 2 kali. jadi, perbaiki diri:)
bagi yg tak buat short sem, moga masa yg terluang diisi dengan sebaik mungkin. hargai apa yang kita ada sebelum ia pergi.
teruskan berjuang di jalan ALLAH! sama2 perbaiki niat. moga segala amalan kita diterima. ALLAHU AKBAR!!
Tuesday, April 20, 2010
imtihan & keputusannya
Teruslah bergerak dengan keazaman yang menggunung tinggi.
Cukuplah peringatan ringkas ini diakhiri dengan sedikit petikan ayat-ayat dari Al-Qur'an; dengan harapan kita semua beroleh kejayaan mutlak di sisi Allah, dan segala jerit-perih kita menuntut ilmu semester lepas dikira sebagai amal soleh (jangan risau, insyallah tak sia-sia):
بسم الله الرحمن الرحيم
وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
صدق الله العظيم
Sunday, April 18, 2010
kita yang sudah 'bertawakkal'..
Justeru, sebelum kita menghadapi realiti dan debaran-debaran yang mengiringinya, ayuh bermuhasabah dengan satu coretan peringatan, tentang tawakkal.
"Memang aku tawakkal habis untuk subjek killer tu!"
"Dah tak tahu nak buat apa. Aku tawakkal!"
Hakikatnya, bukanlah dikatakan tawakkal itu: apabila diberi banyak, dia berterima kasih, tetapi apabila diberi sedikit sahaja, dia mengeluh. Jadi, apakah konsep tawakkal yang sebenarnya? Jom explore..
1. Mewakilkan urusan kepada Allah
2. Menyempurnakan keYAKINan kepada Allah.
2. Percaya sepenuhnya terhadap rezeki yang telah dijanjikan
3. Meredhai ketentuan yang berlaku dari Qada' dan Qadarnya.
Jika keyakinan seperti ini telah sempurna dalam hati kita, inilah yang dinamakan 'tawakkal'.
Sebaliknya, jika selama ini kita masih:
- Berburuk sangka terhadap Allah
- Kecewa dengan pemberian Allah
- Berfikiran negatif terhadap Qada' & Qadar Allah
maka belumlah kita dinamakan 'mutawakkiliin' atau orang-orang yang bertawakkal
& menyerah diri sepenuhnya kepada kehendak & kuasa Allah.
Berbalik kepada situasi pelajar yang telah 'tawakkal' kemudian menyalahkan keadaan tadi. Secara rasionalnya, jika kita telah tawakkal iaitu menyerahkan diri kepada Tuan kita iaitu Allah, mengapa kita mempertikaikan keputusanNya & apa yang Dia mahu beri? Bukankah itu sudah menyalahi konsep tawakkal?
Tawakkal yang sebenar itu buahnya tenang dan redha. Sebab itu orang yang bertawakkal bakal mampu menghadapi segala bentuk tribulasi tanpa cepat melatah, tetapi cepat pula bangkit & maju menyusun langkah-langkah baru. Dia tidak dirundung rasa sedih yang berlebihan, tidak pula berlama-lama dicengkam emosi; kerana dia percaya bahawa keyakinan 100% yang telah dia berikan kepada Allah itu tidak sia-sia. Malah, di sebaliknya terselit hikmah dan mungkin juga, kejutan-kejutan kegembiraan yang dirahsiakan buat sementara waktu. Allah, ada perancangan-Nya yang tersendiri.
Oleh itu, apa saja keputusan yang bakal diterima nanti, terimalah dengan baik, kalau benar kita telah tawakkal. Lapangkan hati-hati kita. Iringi kejayaan dengan kesyukuran. Iringi kekurangan dengan muhasabah. Inilah 'attitude' pemenang.
Saturday, April 17, 2010
Laporan 'Brotherhood Futsal Close Challenge'
BROTHERHOOD FUTSAL CLOSE CHALLENGE 2010
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah
Bersaudara, maka perbaikilah hubungan antara kamu.
(Al-Hujuraat : 10)
Pada 28 Mac 2010, pihak KARISMA daerah Gombak telah menghantar wakil untuk menyertai kejohanan Brotherhood Futsal Close Challenge 2010 (BFCC 2010). Kejohanan ini dilancarkan sebagai langkah awal mewujudkan kesepaduan dan kerjasama antara Karisma-JIM dan Haluan Siswa.
Butir-butir kejohanan adalah seperti berikut :
Program : Brotherhood Futsal Close Challenge 2010
Tempat : Frenzy Futsal Sports Centre, Shah Alam
Tarikh : 28 Mac 2010
Masa : 9.00am – 1.00pm
Anjuran : Karisma-JIM & Haluan Siswa
Seramai 8 pasukan yang dihantar oleh Karisma-JIM dan Haluan Siswa masing-masing bertanding merebut kejohanan di atas gelanggang.
Pasukan Karisma Daerah Gombak diwakili oleh lapan orang pemuda harapan iaitu Abdul Rahim Khamaruzaman, Zuliqram Ramly, Al-Jabier Abdul Rahman, Muhd Fuad Syahmi Jamaludin, Nazrin Qayyum Azis, Mohd Akmal Alif Md Ali, Mohd Arif Hanif Zamri dan Muhamad Akif Akmal Abdul Aziz.
Walaupun kejohanan ini bermula pada masa yang sedikit tertangguh demi memastikan semua pasukan dapat hadir, namun kerancakan permainan dalam gelanggang menutupi kecacatan kecil tersebut.
Pusingan 1, 2, dan 3 dijadikan pusingan peringkat kumpulan untuk mendapatkan johan dan naib johan kumpulan yang seterusnya akan memasuki suku akhir, separuh akhir, dan seterusnya final kejohanan ini.
Walaupun kumpulan yang mewakili Karisma Daerah Gombak tidak berjaya melepasi saingan peringkat kumpulan, tetapi ukhuwwah yang tersimpul sangat terkesan dalam hati setiap pemain. Selain itu, para wakilan ini juga mendapat takrifan awal tentang pergerakan usrah dan kepentingannya dalam kehidupan seharian. Insya Allah, moga Allah membimbing hati-hati pemuda ini untuk terus maju bergerak membimbing ummah.
Akhir kata, secara umumnya matlamat mengeratkan ukhuwwah antara kedua-dua gerakan mahasiswa ini dilihat sedikit sebanyak tercapai. Kemesraan dan kejayaan melancarkan kejohanan ini adalah buktinya. Pihak kami mengharapkan sangat semoga program-program sebegini dapat lagi dilakasanakan pada masa akan datang. Insya Allah Karisma Daerah Gombak bersedia untuk menghantar wakil yang lebih ramai lagi.
-Wakil Karisma Gombak-
Friday, April 16, 2010
Pengumuman: Himmah 2
iqra'.. bacalah!
TIPS MEMBACA AL-QUR'AN
- Beristighfar bila membaca ayat berkenaan dosa & taubat
- Bertahmid ('Alhamdulillah') bila membaca ayat ttg nikmat Allah
- Bertasbih ('Subhanallah') bila membaca ayat membesarkan Allah
- Berdoa agar dijauhkan dari neraka bila membaca ayat ttg azab neraka
- Berdoa agar menjadi penghuni syurga bila membaca ayat ttg nikmat syurga
ayuh..berinteraksi dengan Al-Qur'an
.:. Adaptasi dari pengisian Ust Muhaimin, Mukhayyam Dakhili 2010 .:.
Semoga kemanisan tilawah & tadabbur menjadi penghias hidup kita. Semoga Allah menghadirkan syu'ur (rasa & penghayatan) dlm tilawah kita sehari-hari dan semoga kita mampu membaca Al-Qur'an dengan sempurna & berkualiti. Ameen!
Thursday, April 15, 2010
cuti... nak buat apa?
Bismillah.
1. Tadabbur, hafal & mengulang hafalan Al-Qur'an.
Kata Ar-Rasul s.a.w: "Bacalah Al-Qur'an kerana ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya."
2. Pilih satu buku tafsir dan fahami maksud-maksud ayat berdasarkan tafsir tersebut.
3. Baca hadith dan tafsirannya, kemudian cuba amalkan maksud-maksud yang terkandung dalam hadith.
4. Baca dan kaji sirah Nabi Muhammad s.a.w - Antara buku-buku Sirah mu'tabar yang boleh dicadangkan adalah Al Raheeq Al-Makhtuum yang telah dialih-bahasa & Fiqh Sirah tulisan Sheikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti
5. Baca dan kaji isu-isu ummah seperti isu Palestin dan Al-Aqsa - Antara laman web yang boleh dilawati untuk mendapatkan berita-berita berkaitan adalah Palestinkini dan Aqsa Syarif.
8. Berbakti kepada sekolah - Ziarahi kembali guru-guru yang pernah mengajar kita, juga kawan-kawan lama. Bina dan perkukuhkan silaturrahim yang pernah terjalin.
7. Perkasakan diri - Pelajari skil-skil baru, teknik-teknik belajar dan mengurus masa yang berkesan.
8. Sumbang tenaga dalam program-program seperti KBM dan Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ)
Bagaimana.. Sebenarnya terlalu banyak perkara yang boleh kita manfaatkan dalam sela-sela waktu lapang, bukan? Maka sebenarnya tidak ada alasan untuk kita membuang masa kerana masa itu kehidupan!
p.s. Pihak kami mengalu-alukan tambahan input yang bernas dari para pembaca. Semoga perkongsian idea membuahkan pahala berangkai yang menguntungkan. Selamat beramal! ^_^
Tuesday, April 13, 2010
Mukhayyam Dakhili '10
MUKHAYYAM DAKHILI '10
BUKIT LAGONG, SELAYANG
Alhamdulillah, selesai sudah Mukhayyam kita. Segala aktiviti yg disusun telah berjaya ditempuhi. tahniah bagi yg dipilih ALLAH untuk menghadiri program bermanfaat ni. yang penting, manfaatkan ilmu yang antum semua dapat sepanjang program ni. Kami pejuang keadilan!!
muhkayyam adalah slot Akh Ammar:
Slot-slot hari kedua diperhebatkan lagi dengan penampilan
tokoh-tokoh da'wah disertai input-input yang menggugah hati:
Pengisian ini diselang-selikan dengan perkongsian pengalaman. Antaranya disebutkan bahawa kita semua layak diuji, dan kita seharusnya berbahagia kerana ujian tarbiyah yang kita lalui adalah mehnah yang Allah acu & tetapkan sendiri. Kita juga wajib bersyukur kerana masih ramai lagi manusia yang sedang mencari-cari sinar & ingin merasa sentuhan tarbiyah; sedangkan terbentang di hadapan kita sekian banyak program-program tarbawi serta peluang-peluang keemasan. Mahu raih atau tidak, terpulang.
Selain slot-slot yang dinyatakan, para du'at juga turut disajikan dengan LDK 'Sudahkah Kita Tarbiyah?' oleh shuyukh kita, veteran-veteran yang sudah lebih 30 tahun 'bersiar-siar' di jalan da'wah iaitu Ust Samsuri, pak cik Zulkifli Ahmad & pak cik Abd Wahid Ghouse. Tafsir surah Al-Kahfi pula telah dibawakan oleh Ust Faridul Farhan. Program kali ini dilengkapkan lagi dengan tazkirah Maghrib oleh Akh Fatah (kisah Nabi Ibrahim A.S.) serta tazkirah Subuh oleh Akh Najib selain pesanan-pesanan yang dititipkan oleh Akh Azraai & Akh Mujahid.
Itu saja ke?
Ehh.. Ada lagi!!
v
v
v
v
v
Kita telah buat aktiviti Jungle Trekking - panjat air terjun - rentas trek lori kayu balak - turun naik bukit - lalu kampung orang asli dan akhirnya, buat obstacle course!!
macam MCQ '09
ini 'stage' uji keberanian, bukan 'stage' dapat anugerah
rasa macam masuk dalam terowong Gaza
nak naik, kena naik berjama'ie. konsep tolong-menolong
buat-buat jatuh dalam ni, ada berani? :D
* * *
Barisan du'at yang tabah, pekat & menyengat
Juga makhluq ALLAH yg tertarik dengan program kita=)
Qiyam sudah, ma'thurat sudah, tilawah sudah, hafalan surah Al-Hujuraat ayat 10-13 sudah, menghadam input-input serta menyemai benih ukhuwwah pun sudah. Kini, medan amal dan praktikal pula menanti. Masa untuk mengotakan janji.. Ayuh maju tanpa kenal lelah! Semoga hari-hari yg dilalui sepanjang Mukhayyam ini menjadi bekalan saat kita futur dalam dakwah. Ameen.
p.s. Jazakumullahu khairan katheera kepada para ajk yg bertungkus lumus menjayakan Mukhayyam. Juga kepada adik2 Nilai yg sudi bersama. moga ALLAH ganjari usaha kita semua.