Wednesday, March 31, 2010

Pelihara Hubungan Vertikal akan Menguatkan Hubungan Horizontal

Bismillahirrahmanirrahim.


Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan berbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.” (QS. Al-Hajj: 77)


Ayat ini menggambarkan taklif yang diberikan oleh Allah ke atas kita untuk mendapatkan keselamatan dan kemenangan. Taklif yang dirujuk pada ayat ini terbahagi kpd:


1. Hubungan vertikal(soleh individu)


- perintah ruku’ dan sujud-merujuk kpd solat


- perintah ibadah secara umum- spy sgla amal adalah ibadah bila


hati tertumpu kpd Allah semata.


2. Hubungan horizontal(soleh sosial)


- perintah berbuat kebajikan



Yang dimaksudkan dengan hubungan vertikal di sini ialah hubungan kita dengan Allah. Manakala yang dimaksudkan dengan hubungan horizontal di sini ialah hubungan kita dengan sesama manusia. Hubungan dengan Allah yang kuat adalah amat penting supaya ianya menjadi pondasi yang kukuh apabila kita berada di dalam masyarakat. Supaya kita dapat berjalan melawan arus sekeliling kita di luar sana yang masih tak keruan.


Sebagaimana kita diperintah bersolat (hubungan vertikal), kerana ia dapat mencegah diri dari perkara keji dan mungkar(hubungan horizontal). Firmannya yang bermaksud:


Dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar.” (QS. Al Ankabut : 45)


Beginilah seharusnya kita,wahai sang da’ie ikhwah dan akhawati fillah…. Saat kita menyeru dan menyampaikan islam kepada masyarakat di sekeliling kita, pastikanlah diri,hati dan jiwa kita sentiasa berada dalam kondisi yang utuh hubungannya dengan Allah s.w.t supaya segala percakapan dan perbuatan yang lahir dari diri kita terkesan kepada para mad’u yang sedang kita santuni.


Menurut ibn Asyur, ada dua bentuk amal yang amat berat untuk dilakukan iaitu bangun malam (qiyamullail) dan infaq. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:


“Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Di dunia mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan selalu memohonkan ampunan di waktu pagi sebelum fajar. Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bagian.” (QS. Adz-Dzariyat : 16-19)


Qiyamullail sebagai hubungan vertikal(soleh individu) amatlah berat dilakukan kerana ia mengganggu istirehat kita (waktu tidur). Manakala infaq sebagai hubungan horizontal(hubungan sosial) amatlah berat dilakukan kerana manusia ini pada dasarnya bersifat kikir kerana kita amat mencintai harta.


Suka penulis di sini ingin mengaitkannya dengan tanggungjawab kita sebagai da’ie, waktu Qiyamullail adalah waktu yang terbaik untuk kita mengadu kepada Allah s.w.t. Kita mohonlah kepada Allah ar-Rahman war Rahim supaya hati mad’u kita mudah menerima apa yang kita sampaikan dan moga hati mereka sentiasa lembut bila mendengar tentang islam. Mohonlah segala2nya pada waktu ini. Juga didiklah diri kita supaya tidak kikir dalam menginfaqkan harta yang kita ada. Didiklah diri kita supaya rela berkorban harta (termasuk tenaga dan masa) demi mad’u kita. Jangan berkira sangat kerana kita kena topup kredit untuk sms dan call, kita kena belanja makan, kita kena bagi hadiah dan sebagainya. Percayalah! Selagi diri dan jiwa kita mempunyai hubungan vertikal(soleh individu) yang utuh dengan Allah s.w.t, insyaAllah kita tak kan pernah berkira dengan seberapa banyak harta yang kita dah infaqkan atau kena infaqkan (hubungan horizontal/soleh sosial) demi menyampaikan islam kepada mad’u kita.


Akhirnya, penulis ingin memetik kata2 penutup dari sumber asli (http://www.dakwatuna.com/):


“Sungguh umat ini sangat membutuhkan kehadiran komunitas yang soleh secara personal(individu), dalam arti mampu menjaga hubungan baik dengan Allah SWT dan soleh secara sosial dalam arti mampu memelihara hubungan baik dan memberi kebaikan dan manfaat yang besar bagi kemanusiaan.”


Pena Dakwah Fardiyyah: umat di luar sana menunggu kita yang dikatakan sebagai agen pengubah. Di kampus ini adalah latihan kecil buat kita,jadi janganlah pernah berundur untuk terus berjuang demi islam. Ini adalah peringatan untuk diri penulis juga. Wallahu a’lam.



Diolah dari sumber asli: http://www.dakwatuna.com/2010/membangun-keshalehan-personal-dan-sosial/

3 comments:

  1. menarik..alhamdulillah, ada juga peringatan masuk dalam blog ni. teruskan, unit df! :)

    ReplyDelete
  2. df pun x nak ketinggalan memeriahkan blog. he3... btw jzkk kpd unit media mmberikn kami psword utk menorobos masuk ke sini. ;-)
    ini smmgnya sudh trmaktub dlm rangka krja kami, mmpromosikan kempen df melalui medium2 yg ada selain e-mel.
    ini sudh yg ke-4 spatutnya dr kami. cuma yg satu lagi hari tuh x upload sini.
    Moga Allah bantu kita utk terus istiqamah di jln da'wah ini. Aminn. :-)

    ReplyDelete
  3. salam.

    untuk kempen yang 3. tak molek la kalau di upload ke dalam blog. nanti plagarism yang sangat ketara. hehe. :)

    takpa. selagi boleh dimanfaatkan oleh semua. tak kisah la di postkan kat mane2. kan? :)

    mabruk kak mun. di tengah kesibukan exam. ini baru mujahadah! :)

    post yang SANGAT membina. :)

    ReplyDelete