Wednesday, March 3, 2010

Laporan bergambar: Seminar Mars & Venus


Alhamdulillah, tarikh 26 Februari 2010 telah melakarkan suatu sejarah manis buat warga Karisma UIAM Gombak apabila Seminar Mars & Venus berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil sambutan memberangsangkan daripada para peserta & juga usaha keras para ahli jawatankuasa yang amat berdedikasi. Seminar ini menyaksikan:-

Dewan Mini Auditorium UIAM yang asalnya kosong

Dibanjiri oleh hampir 100 orang peserta

yang semuanya tetap datang
meskipun ada yang terpaksa berpayung dek krn hujan

Tahniah & terima kasih atas sokongan
& semangat dari hadirin sekalian!



Ayuh kita sorot sedikit perjalanan program menerusi
gambar-gambar yang telah diambil oleh AJK Seminar:

Seminar ini dirasmikan oleh Encik Mohd Tarmizi Munir
selaku Yang Di-pertua JIM Daerah Gombak.

Slot pertama telah disempurnakan oleh Prof Madya Dr. Harlina Halizah Hj Siraj, Naib Presiden JIM yang juga merupakan seorang pakar perunding Obstetriks & Ginekologi di HUKM. Beliau yang lebih mesra digelar Dr. Har juga sering muncul di kaca TV sebagai tetamu jemputan di TV3, TV9 & Astro Awani.


Slot kedua telah disampaikan oleh Pak Utih atau Encik Ahmad Shafiai Uda Jaafar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kajian perbezaan antara lelaki & wanita serta telah banyak melaksanakan program-program & kursus konsultansi menerusi syarikat beliau sendiri.


Meskipun seminar bermula dari jam 8.15 pagi sehingga lewat petang,
para hadirin tetap tekun & sabar mendengar.


Tidak cukup dengan itu, ada pula yang bertanya soalan
(bagi pihak Marsians)


Wakil dari Venus juga tidak ketinggalan.
Masing-masing ingin mengaut sebanyak mungkin input bermanfaat.


* * *

Tamatlah sudah suatu lagi program anjuran Karisma Daerah Gombak. Dan tidaklah kita berharap, melainkan kepada Allah. Dan tidak pula lah kita bekerja, melainkan demi redha-Nya.
Insyaallah, banyak lagi program-program yang akan dilaksanakan di masa hadapan, demi kelangsungan da'wah & tarbiyah di bumi Taman Ilmu & Budi. Sehingga berjumpa lagi dalam aktiviti-aktiviti seterusnya~ Salam Istiqamah!^^

11 comments:

  1. Chukkayo! Obigato! Tahniah! Congrat! \(^__^)/

    ReplyDelete
  2. Mabruk!!

    Lepas ni boleh buat prgm yg lebih gempak..

    :)

    ReplyDelete
  3. Semoga program yang telah dilaksanakan ini dapat menyumbang kepada masyarakat khususnya warga kampus dalam mengetahui perbezaan antara lelaki dan wanita dan cara mengatasinya secara berkesan lebih-lebih dalam sesebuah organisasi (kita semua maklum yang mahasiswa sangat gemar berorganisasi), guna ilmu tu betul-betul, jangan disalah guna pula....:-)



    p/s:Memang rugi sape yang tak pergi, Dr Har dengan Pak Utih memang tak pernah mengecewakan!

    ReplyDelete
  4. Tahniah Mars n Venus
    ana dah update marwan

    ReplyDelete
  5. Nanti kalau ader lagi prog ni, gitau sayer yerrrr:)

    ReplyDelete
  6. mantap!
    tahniah AJK program!

    ReplyDelete
  7. salam,

    dah lewat tapi nak komen juga.
    tahniah kpd semua!
    memang berbaloi datang! ^^
    lain kali boleh buat lagi!

    ReplyDelete
  8. yup syaimaa'..buat lagi..
    kali ni syaimaa' jadi komiti..jadi APM pun ok gak..blh?

    ReplyDelete
  9. program mmg best..tahniah untuk semua!!! (^_____^)v

    ReplyDelete
  10. salam..
    tak nak ketinggalan utk komen..
    juz nk sebut..
    "yoOoOOsh....!!!" utk semua..
    semua program2 bermanfaat seperti dpt dianjurkn lg..v ^_~

    ReplyDelete
  11. salam.

    jualan cd masih berjalan kan? jadi kepada semua peserta dan ajk program yang berminat. boleh tempah cd pada akh rabbani.

    sangat bermanfaat bagi sesiapa yang masih belum grad seminar mars and venus. :)

    ReplyDelete