Dukacita dimaklumkan, program ziarah hospital yang sepatutnya berlangsung pada 17 Januari yang lalu terpaksa ditunda atas sebab-sebab yang
tidak dapat dielakkan. Pihak penganjur memohon ribuan kemaafan atas penangguhan yang tidak diduga ini. Sama-samalah kita yakin bahawa pasti ada hikmah yang terselit di sebalik setiap perkara yang berlaku. Semoga semangat, niat baik dan usaha yang telah anda semua curahkan diganjari dengan sebaik-baik ganjaran. Ayuh berdoa untuk kebaikan bersama & jangan kecewa kerana insyaallah, masih banyak program-program menarik yang boleh anda sertai sepanjang semester ini :D Nantikan..
-Kita hanya merancang, tetapi Allah jualah yang menentukan.
Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-
Note: Terima kasih di atas minat & sokongan yang telah anda semua berikan terhadap program ini; pihak kami sangat, sangat menghargainya!^^
pic link
0 komentar:
Post a Comment