Wednesday, August 27, 2008
Sunday, August 24, 2008
ROAD SHOW PALESTIN (RSP) 2008
Antara Akhwat RSP 2008
.
Booth di Ruang Legar Klinik Vijay, Greenwood
.
Bagi booth Palestin di Grenwood, Konvoi RSP 2008 sekali lagi memilih ruang legar sebuah klinik iaitu Klinik Vijay sebagai pusat penyebaran dan jualan barangan Palestin di Greenwood. Bagi anggota-anggota yang menjadi approacher, ikhwah diberikan taklifan untuk menyebarkan risalah diseberang jalan utama iaitu berdekatan Desa Minang manakala akhwat diberi taklifan untuk menyebarkan risalah dikawasan perniagaan Greenwood. Usaha menyebarkan informasi berkaitan isu Palestin di Greenwood berjalan dengan lancar sekali dan kira-kira jam 6.30 petang, RSP 2008 menutupkan tirainya dan akhi Auzan Hasanuddin sebagai Ameer K-DG memberikan sepatah dua kata sebagai ucapan penutup RSP 2008. Kira-kira jam 6.45 petang, semua anggota RSP selamat pulang ke kediaman masing-masing membawa seribu satu kenangan indah untuk dijadikan pengalaman berguna dan bekalan untuk terus tsabat menjalankan usaha da’wah.
.
Antara Pengunjung Booth di Greenwood
.
Ikhwah Selesai Menyebarkan Risalah dan Pulang ke Booth
Ucapan Penutup oleh Ameer K-DG
.Seperti yang diketahui, RSP 2008 merupakan permata sulung K-DG selepas K-DG memilih isu Palestin sebagai niche area untuk semester ini. Maka, RSP 2008 sebenarnya lebih kepada eksperimen untuk menjalankan kajian dan pembangunan untuk RSP 2009 akan datang. Sebarang kelemahan yang timbul akan dijadikan pengajaran dan iktibar untuk masa depan dan kejayaan yang diraih, akan ditingkatkan lagi bagi menghasilkan output yang lebih baik pada masa akan datang. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang menyumbang untuk RSP 2008 sama ada usaha yang kerdil atau besar, semoga Allah mengganjari usaha kalian semua dengan sebesar-besar ganjaran.
.
Alhamdulillah wa syukr lillah….
.
Saturday, August 23, 2008
Wednesday, August 20, 2008
Tuesday, August 19, 2008
HIDAYAH CENTRE EVENING TALK
Monday, August 18, 2008
LIQA' BERKARISMA 3
Saturday, August 16, 2008
HOW TO JOIN?
CALL OR SMS TO:
AUZAN: 0133005206
(INQUIRIES & REGISTRATION)
"LABBAYKA YA AQSA!!"
TALK ON PALESTIN @ MASJID ZAKARIA
PERASMIAN OLEH
YG. BERHORMAT DATO' DR HASSAN BIN ALI
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR
MASA
9.00 PAGI
Friday, August 15, 2008
Rehlah Ikhwah Gombak (ROMBAK)
Alhamdulillah Ahad lepas, 10 Ogos 2008 ikhwah-ikhwah Gombak diizinkan Allah untuk sama-sama mengeratkan ukhwah antara mereka dengan penganjuran Rehlah Ikhwah Gombak (ROMBAK) ke Hutan Lipur Sungai Kancing berhampiran Selayang. Disini ana ingin memberi sedikit laporan rehlah berkenaan mengikut kelas-kelas biro:
PC:
- Program bermula jam 9.00 pagi iaitu mereka bertolak dari tangga besar UIAM ke Sungai Kancing. Perjalanan berjalan dengan lancar tetapi atas dasar ukhwah, mereka tidak dapat bergerak secara konvoi kerana sebuah kenderaan perlu mengambil Al-Ajili di Batu Caves dan dua buah lagi bergerak terus ke Sg Kancing. Program bermula dengan sesi ta'aruf yang terpaksa ditangguh kerana terpaksa mendominasi kolam paling best kat Sg. Kancing tu beikutan pengunjung yang semakin ramai. Maka bermulalah sesi menenggelamkan ikhwah2 yang diketuai oleh abang Dhany. Penulis juga hampir-hampir ditenggelamkan tetapi sempat mencari skil dengan membuka kuda-kuda supaya tidak terbalik kedalam kolam. Program diteruskan lagi dengan sesi melambung ikhwah dari kolam kembali ke kolam. Hampir semua ikhwah dilambung kecuali penulis dan beberapa ikhwah lain yang berjaya menggunakan skil memisahkan diri dari croud yang ramai. Aktiviti lain yang dijalankan ialah permainan naga tasik Chini yang diketuai oleh akhi Fatah, Farouq dan akhi Zaki. Permainan diakhiri dengan ikhwah-ikhwah membina menara didalam kolam tersebut yang menjadi tumpuan pengunjung-pengunju ng dari Timur Tengah yang hadir pada waktu itu. Pada jam 12 tengahari lebih kurang, ikhwah-ikhwah berhenti makan tengahari dan seterusnya sesi tazkirah oleh akhi Mujahid mengakhiri ROMBAK sem 1 2008/2009. Pada jam 1 petang, ikhwah-ikhwah mula bergerak menuruni bukit Kancing tersebut dan bergerak pulang ke UIAM. Kira-kira jam 2 petang semua ikhwah selamat pulang ke kediaman masing-masing. Alhamdulillah. .
CATERING
- Untuk ROMBAK kali ni, budget yang digunakan untuk makanan ialah RM 108.60 ringgit iaitu nasi goreng lauk ayam tomato (RM3.20X25), air mineral besar (RM 1.70 X 8) dan roti untuk breakfast (RM0.60X25).
PENGANGKUTAN
- ROMBAK sem 1 kali ni menggunakan empat buah kenderaan iaitu van DV ustaz Sam, Unser Dr Zulfakar, Avanza Farouq dan Skuter modenas KARISMA Fadhil.
Wallahua'lam. ..Setakat ni ja yang ana mampu laporkan, jika ada perkara yang terlepas pandang, mohon ikhwah-ikhwah yang turut serta untuk menambahnya. Bagi ikhwah berhajat untuk memiliki gambar-gambar kenangan terindah semasa di Sg. Kancing, antum boleh pergi ke BF untuk sedut dari laptop auzan. Dari ana pun bleh jugak, tapi kena buat appoinment dulu la...
Wassalam....