Thursday, April 28, 2011

Cemerlang dengan Tidur :)



Situasi #1: Suatu Hari di Pertengahan Semester 1, 2010/2011
Mahasiswa B: Apa cerita? Penat semacam je aku tengok hari ni?
Mahasiswa A: Malam tadi terpaksa stay up, macam biasalah.
Mahasiswa B: Ni mesti kes pulun siapkan assignment lagi kan? 
Samalah macam aku dua minggu lepas, maunya tiga hari tak dapat tidur!
Mahasiswa A: Hmmmm. Dah kata student, macam ni la nasibnya..


Situasi #2: Suatu Hari Semasa Cuti Inter-Semester
Mahasiswa A dan B bersembang melalui laman facebook
Mahasiswa B: Hai, dah pukul 3 pagi, awat tak tido lagi?
Mahasiswa A: Kau tu pun apa kurangnya? Sama ja.
Mahasiswa B: Aku ada kerja sikit nak kena buat. Kau?
Mahasiswa A: Tengah main game ni. Sikit lagi. Jap nanti aku tido la.



Haa.. Adakah dua situasi di atas memang sering berlaku di kalangan mahasiswa-mahasiswa kita pada hari ini? Bila diberi tugasan atau assignment, selalu bertangguh sehingga terpaksa mengorbankan beberapa malam untuk berjaga menyiapkan segala yang perlu dihantar dalam masa terdekat. Bila tak cukup tidur, mula merungut dan bad mood. Tapi bila tiba waktu cuti - dan ada peluang untuk tidur malam - masa itulah yang digunakan untuk 'marathon' menghabiskan siri-siri movie, bermain game dan seribu satu macam lagi urusan yang mengganggu waktu tidur yang sepatutnya.

Hmm... Tidur di waktu malam.. Penting sangat ke?
Jom dengar apa kata Islam :

Islam menyuruh umatnya tidur dan berehat agar dengan itu segala ibadah dan aktiviti dapat dilakukan dengan baik. Islam menganggap tidur sebagai suatu ibadah dan menekankan ia sebagai salah-satu hak jasad yang perlu ditunaikan. Di dalam Sahih Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah diberitahu berkenaan 'Abdullah ibn 'Amr ibn Al-'As yang sentiasa mengerjakan solat sepanjang malam. Baginda s.a.w telah menasihatkan 'Abdullah untuk turut memperuntukkan waktu untuk tidur di waktu malam (yakni, tidak menggunakan seluruh malam untuk beribadah semata-mata) kerana jasad seseorang itu juga mempunyai hak ke atas dirinya.

Tidur yang paling penting, sepertimana yang kita ketahui, ialah tidur di waktu malam. Allah SWT berfirman, "Dan Dia menjadikan malam sebagai pakaian bagimu dan tidur sebagai istirehat, dan dijadikan siang untuk bertebaran (mencari rezeki)" (Surah Al-Furqan: 47)

Sebaik-baik tidur adalah mengikut sunnatullah atau aturan yang telah Allah tetapkan. Rasulullah s.a.w sendiri yang merupakan contoh tauladan terbaik untuk seluruh ummat mengamalkan tidur awal di waktu malam dan bertahajjud di awal pagi. Selain baginda, para sahabat radiyallahu 'anhum juga mempunyai cara-cara tersendiri untuk menghabiskan malam-malam mereka. Selain baginda dan para sahabat -sekiranya kita imbas lembaran sejarah- pastilah akan kita dapati bahawa para ulama' seperti Imam Al-Syafi'e juga masing-masing mempunyai disiplin yang tinggi dan pengurusan hidup yang sangat baik, hatta dalam urusan tidur di waktu malam. Tidak hairanlah jika mereka mampu menjadi manifestasi 'abid yang hebat beribadah di sebelah malamnya, dan singa yang mengaum menggentarkan musuh Allah di siang hari!


Berkenaan akibat-akibat kekurangan tidur di waktu malam, sesungguhnya ia tidak perlu dipertikaikan lagi. Seseorang hanya perlu bertanyakan pak cik google untuk mendapatkan senarai kesan-kesan negatif yang terhasil dari kurangnya tidur di waktu malam. Antaranya, seseorang itu berhadapan dengan kemungkinan risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit jantung, fungsi dan kemampuan penuh otak terganggu, konsentrasi yang terjejas, lemah sistem pertahanan badan, proses penuaan yang lebih cepat dan turunnya kadar metabolisme dalam badan. Tidur yang cukup pula mampu memantapkan kecergasan minda, membantu proses penyimpanan maklumat jangka panjang (long-term memory), memantapkan sistem jantung dan darah serta membantu proses pemulihan sel-sel dalam badan; selain pelbagai lagi kebaikan yang tidak terhitung jumlahnya. Sungguh besarlah nikmat tidur yang Allah beri dan hikmah-hikmah yang terkandung di dalamnya. Alhamdulillah!


Kesimpulan
*Tidurlah kerana Allah dan mengikut sunnah
**Jangan kurang tidur, dan jangan pula terlebih tidur
***Mari uruskan masa dengan baik semester-semester akan datang supaya tidak ada lagi kes terpaksa berjaga malam untuk melangsaikan hutang assignment



Jadilah hamba-hamba Allah yang sihat dan bertenaga.
Selamat berehat dengan tidur yang berkualiti dan pastikan ia bernilai ibadah!

Rujukan: buku 'Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden' karangan Dr. Danial Zainal Abidin


Penulis: Fatimah Muhammad
            Penggerak, Karisma Daerah Gombak.
            Pelajar Tahun kedua, Kulliyyah Ilmu Wahyu.

9 comments:

  1. ouch!ouh.sakit sgt, timi.dalaaaam.T__T

    ” Ya Allah, dengan Nama-Mu aku meletakkan bahuku, dan dengan nama-Mu aku mengangkatkannya. Jika Engkau menahan rohku (mematikannya), maka berilah rahmat kepadanya, dan jika Engkau menghidupkannya, maka jagalah dia sebagaimana Engkau menjaga hamba-hamba-Mu yang soleh.” [Bukhari, Muslim, At Tirmidzi dan An Nasa’i]

    ReplyDelete
  2. salam.
    habis sem, semua duk pakat lawan 'panda-eye' siapa paling comel.. :)

    10 muwassofat. munazzomun fi syuunihi dan harithun ala waqtihi.

    ouch. jzkk imah

    -amt-

    ReplyDelete
  3. salam

    mcm kenal singa! :)
    tidur kurang jadi bermaya, tidur lebih boleh jadi malas.
    cabaran terbesar kat rumah ialah tidur -___-'
    jzkk imah! :)

    ReplyDelete
  4. kesian la kat org yg kerja shift.. tidur tak menentu ikut waktu kerja.

    ha! slagi masih student amalkanlah cara tidur spt yg disarankan! kena jaga tubuh bdn agar sihat & brtenaga sementara masih muda! :)

    erm,,justin bieber & nicole kidman pun ziarah blog ni? hehe... xde cara ke utk elak daripada chat yg mengarut kat box sebelah ni?

    ReplyDelete
  5. "Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri" (Furqan:64)

    ReplyDelete
  6. I like it very much...zup, an arrow cut through my heart :D:D:D

    ReplyDelete
  7. wa iyyakum jami'an

    anonymous: kalau cetek nanti tak berkesan :D syukran post hadis tu di sini & kongsi dgn semua. doanya memang power!

    amat: panda eyes tak comel :D

    hma: gambar tu illustrasi utk singa-singa yang mengaum di siang hari selepas menghidupkan sebahagian dari malamnya. suka eh? :)

    k.mun: setuju! masa muda ni lah insyallah ada lagi peluang untuk dapatkan tidur yang cukup. dengar kata bila dah praktikal, bekerja dan berkeluarga, susah juga eh:) jadi hargailah apa yang kita ada sekarang & manfaatkan sebaiknya~

    danial: syukran

    beejan: betul, dan susah untuk praktis ayat tu kalau tak cukup tidur

    k.min: supaya du'at lepas ni semua happy and healthy. legalah akak tak perlu apply PC lagi;)

    -sama-sama belajar dan cuba memperbaiki diri dari hari ke hari. tak ada manusia yang sempurna

    ReplyDelete
  8. tidur yang sekejap tapi efektif. macam mana caranya? sebab dalam al quran menggambarkan seorang yang beriman itu sedikit sekali tidurnya. jom kongsi? :)

    ReplyDelete