Monday, March 14, 2011

Perisai Puasa

Bismillah



عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ

وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ.
(رواه الترمذي)




Dari Mu’az bin Jabal r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepadanya: “mahukah aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebajikan?” “mahu, ya Rasulallah” jawabku. Baginda pun menerangkan, sabdanya: “Puasa itu perisai (dari kejahatan) dan sedeqah pula menghapuskan dosa sebagaimana air memadami api”


(Hadis Sahih, Riwayat Tirmizi)





Banyak sebenarnya kelebihan berpuasa ni. Disamping dapat ganjaran di sisi-Nya, berpuasa juga memberikan kebaikan kepada tubuh. Sedikit perkongsian moga berguna. ^_^


1. Keistimewaan berpuasa






Bagi orang yang berpuasa dua gembiraan. Pertama, saat dia berbuka puasa dan kedua, saat dia berjumpa tuhannya.






عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ.
 (رواه مسلم)


Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulallah s.a.w. bersabda: “orang yang berpuasa mendapat dua perkara yang menggembirakan. Pertama semasa ia berbuka puasa dan kedua semasa ia menemui tuhannya (pada hari akhirat)”


(Hadith Sahih, Riwayat Muslim)






Pertama, kegembiraan orang berpuasa ketika berbuka adalah kerana diberi kekuatan untuk menyempurnakan ibadah puasa. Hanya dengan pertolongan Allah serta Taufiq-Nyalah dia dapat berpuasa.


Kedua, kegembirannya adalah ketika bertemu Tuhannya kerana dia akan diberikan ganjaran yang sebaik-baiknya.




2. Puasa Sunat Isnin dan Khamis
Berpuasa setiap hari isnin dan khamis adalah amalan Nabi kita. Sepertimana di dalam satu hadis,


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُعْرَضُ الْأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ.
 (رواه الترمذي)


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis. Oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.”






3. Puasa dan Kesihatan


Semasa berpuasa tubuh membuang lebihan selular; setiap hari berbilion sel dalam tubuh manusia digantikan dengan yang baru. Sel-sel yang mati perlu dinyahkan. Proses ini berlaku apabila seseorang berpuasa; tubuh akan membuang sel-sel mati, tisu-tisu yang telah rosak, lemak-lemak terkumpul, tumor dan sebagainya. Semua ini akan terbakar atau dinyahkan sebagai bahan buangan. Berpuasa akan 'melarut' sel-sel berpenyakit secara sistematik dan meninggalkan tisu-tisu yang sihat. Sebab itulah berpuasa boleh menambahkan proses penyembuhan.



Apa yang dibersihkan tubuh apabila berpuasa?


-Sel-sel mati, hampir mati atau yang berpenyakit.


-Tisu-tisu lemak yang tidak diperlukan.


-Asid-asid lemak trans.


-Lapisan mukus yang mengeras di dinding usus.


-Bahan buangan toksik dalam sistem lympha dan saluran darah.


-Toksin dalam limpa, hati dan buah pinggang.


-Toksin-toksin yang tertanam dalam fiber selular dan tisu-tisu organ.


-Deposit dalam tiub-tiub halus yang bertanggungjawab menyuburkan sel-sel otak.


-Kolesterol berlebihan.




Apa kesannya?:


-Kecergasan otak dapat dipertingkatkan.

-Berat badan dapat dikurangkan dengan selamat tanpa geleber.


-Sistem saraf diseimbangkan.


-Paras tenaga dipertingkatkan.


-Organ-organ dipertingkatkan kecergasannya.


-Biokimia selular diharmonikan.


-Kulit menjadi lebih halus, lembut dan sensitif.






Kesimpulannya, terbukti bahawa berpuasa itu banyak kebaikan. Sekarang, pilihan terletak di tangan kita, samada ingin mengambil kebaikan yang dijanjikan atau tidak. The choice is yours.






Rujukan:


1. http://www.islam.gov.my/dircportal/mastika/tbljilid3list.php


2. http://www.sajionline.com.my/index.php/info-makanan/981-kelebihan-puasa-untuk-tubuh.html




Wallahu a'lam




p.s.: jom sertai kami berbuka puasa sama-sama setiap hari Khamis ^_^








1 comment:

  1. Marilah kita ramai-ramai berpuasa untuk memerisai diri kita khamis ini (17 Mac) diikuti dengan iftar berjamaah di Cafe Econs, rasanya sponsored, boleh join!

    ReplyDelete