Alhamdulillah, waktu yang dinanti-nantikan (cuti pertengahan semester) sudah tiba!
Walaupun 'hanya' 9 hari (sekiranya dikira dari hari sabtu minggu ini sehingga ke ahad minggu seterusnya), tetapi sebenarnya terlalu banyak perkara yang boleh kita buat dan terlalu banyak jugalah waktu yang boleh kita bazirkan dalam masa yang singkat ini. Perkiraan matematik mudah mengatakan bahawa 9 hari x 24 jam = 216 jam. Maka, sama-samalah kita cuba sehabis baik untuk memanfaatkan sepenuhnya 216 jam yang Allah berikan pada perkara-perkara yang selayaknya.
Kalau selama ini ramai di kalangan kita yang terlalu sibuk dengan pelajaran hingga merasakan tidak cukup waktu untuk melakukan ibadah-ibadah tambahan seperti solat dhuha & solat sunat rawatib, nah, inilah saatnya untuk menambah bonus-bonus amal. Inilah juga ujian masa lapang. Maka, sebaiknya kita merancang cuti semester ini dengan perkara-perkara yang menambahkan iman & amal. Luangkan masa dengan keluarga, ziarahlah sahabat & guru-guru yang pernah mengajar anda, tunaikan amanah untuk menyiapkan assignments, banyakkan muhasabah & memperbaiki diri serta bacalah buku-buku yang menambahkan daya fikir. Semoga kembalinya kita ke bumi Uia Gombak menjadi suatu kepulangan dari 'retreat' yang sangat bermakna:)
*Selamat kembali ke kampung halaman masing-masing! Semoga selamat sampai ke destinasi yang anda tuju~
** Kepada peserta-peserta Akademi Murobbi, selamat berakademi! Semoga Allah terima usaha, jeirt-perih dan niat baik kita :)
salaam.
ReplyDeletejzkk atas peringatan :)
-syaimaa'-