Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan 1433H


Diberitakan terdapat satu jenis makanan ni. Terkenal di seluruh dunia. Sudahlah berkhasiat, rasanya enak sekali. Mampu didapati oleh semua jenis manusia tak kira miskin atau kaya. Terdapat dimana-mana, hinggakan ke kampung yang paling tersorok di dunia. Semua orang memperkatakan tentang kelazatannya. Berlumba-lumba orang nak rasa. Para menteri dan pegawai kerajaan berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Hatta golongan buruh yang bekerja membanting tulang juga!

Wednesday, July 11, 2012

Mahmoud Sarsak dibebaskan





Selasa, 10 Julai 2012- Gaza menyambut kepulangan seorang pemain bola sepak Palestin, Mahmoud Sarsak yang ditahan Israel sejak 2009. Selepas dipenjarakan selama tiga tahun tanpa diberikan hak untuk dibicarakan, Sarsak akhirnya dibebaskan. Selama ditahan Sarsak telah menjalankan mogok lapar selama 90 hari.