Friday, December 24, 2010

EKSPO MAAL HIJRAH 1432

Bismillah





Insya Allah, satu progam Ma`al Hijrah yg dirancang oleh Pertubuhan IKRAM Daerah Gombak bersama dgn Masjid Jamek Al Amaniah, Masjid Daerah Gombak akan berlangsung tak lama lagi. Maklumat program adalah spt berikut:




Nama: Expo Ma`al Hijrah 1432 ...Jom ke Masjid !

Tempat: di Masjid Jamek Al Amaniah, Batu Caves Gombak

Tarikh: 25 Disember 2010 (Sabtu)

Masa: 8.30 pagi - 11 malam

Anjuran: Masjid Jamek al Amaniah dan IKRAM Daerah Gombak

Kerjasama: Aqsa Syarif, Rabbani dll



Pelbagai aktiviti antaranya:

1. Pemeriksan Kesihatan

2. Derma Darah

3. Pemeriksaan gigi, diet dan mata

4. Nasihat Undang2 & Kekeluargaan

5. Sukaneka Wanita

6. Pertandingan Futsal remaja

7. Treasure hunt Maal Hijrah

8. Pameran

9. Gerai Jualan dan minuman

10. Sumbangan masyt miskin / anak yatim

11. Ceramah Palestin - Aqsa Syarif

12. Ceramah Keluarga Bahagia - IKRAM / RS

13. Forum Perdana Ma`al Hijrah - IKRAM diberi amanah kendalikan



Adalah diharapkan kehadiran dan sokongan penuh anda dan ianya adalah penting dalam menjayakan program ini bersama dgn pihak masjid. Program ini sekaligus meluaskan medan dakwah dan tarbiah kita dgn masyarakat Gombak.

Berikut pula adalah butiran tentang Forum Perdana yang bakal berlangsung pada malamnya:

Program: Forum Perdana Maal Hijrah
(sempena Expo Maal Hijrah 1432 - Jom ke Masjid)

Tarikh: 25 Dis 2010 (Sabtu)

Masa: 7.30 mlm - 9.00 mlm

Penceramah: Ir Dr Fuad Yeoh Abdullah, Dr Ann Wan Seng & Ust Fitri Abdullah

* Selepas Forum / Isya akan diadakan persembahan nasyid dari kumpulan Rabbani


Gambar hiasan.
Dr. Ann Wan Seng dan salah satu buku yang ditulis beliau, Rahsia Bisnes Orang Cina. 

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. Dan sangatlah digalakkan untuk menjemput keluarga, sahabat handai, saudara mara dan semua kenalan agar semua mendapat manfaat dari program ini. Pelbagai aktiviti yg dirancang utk pelbagai kumpulan sasaran seperti kanak-kanak, remaja, belia, wanita, dewasa dan warga mas.

Wallahu a'lam.



4 comments:

  1. salam.

    ok jom gi esok!
    :)

    ReplyDelete
  2. mari kita memeriahkan Expo Maal Hijrah \(^-^)/

    ReplyDelete
  3. sgt meriah tadi.alhamdulillah sambutan hangat :)

    ReplyDelete
  4. sayang...datang lambat. xde kesempatan utk main paintball...huhu. anyway tahniah kepada IKRAM Gombak kerana berjaya melaksanakan satu program komuniti yang besar. x sabar2 untuk progrma yang akan datang ^^)

    ReplyDelete