Saturday, November 6, 2010

Anda Bijak Jauhi Zina: Dilema Mahasiswa







Pada 10 Oktober 2010 bersamaan 2 Zulqaedah 1431, Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)Daerah Gombak dengan kerjasama Raudhatus Sakinah Sdn. Bhd. telah menganjurkan program motivasi setengah hari yang dinamakan “Anda Bijak Jauhi Zina: Dilema Mahasiswa”. Program yang ditentatifkan bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.40 petang ini dijalankan di Auditorium A banggunan E Kuliyah Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 



Walaupun pada awalnya kami mengalami sedikit masalah teknikal, namun, alhamdulillah tiada sebarang masalah yang besar timbul dan secara keseluruhannya, program kami berjalan dengan lancar.
Pengisian program ini secara keseluruhannya terbahagi kepada dua sesi. Pada sesi pertama, isi ceramah lebih tertumpu pada sejarah kehidupan manusia. Pendedahan mengenai sejarah kehidupan yang dilakukan diawal program ini sangat tepat dan sesuai sebelum peserta didedahkan dengan pengisian yang lebih berat. Hal ini kerana peserta akan sedar asal usul dan tujuan kehidupan yang diberikan Allah kepada mereka. 



Pengisian yang kedua juga menarik dan ditambah pula dengan ‘effect’ bunyi   ini sangat menyentuh hati dan menginsafkan peserta. Pengisian yang seterusnya juga mendedahkan akibat dari perbuatan zina dan kesannya kepada masyarakat berjaya membuka mata pendengar dan memberi impak yang berkesan.
 Sesi pendedahan pengakuan dari penduduk Rumah Raudhatus Sakinah (RS) juga sangat bagus kerana peserta didedahkan sendiri dengan hakikat dan realiti kehidupan diluar sana. Kesannya peserta merasa insaf dan mempunyai azam dan tekad untuk menjauhi zina. Akhir sekali, sesi penutup juga memberi impak yang sangat luar biasa. Kebanyakkan peserta mengalirkan air mata keinsafan setelah dihidangkan dengan perkongsian oleh penceramah-penceramah dari RS. Penceramah yang dijemput dari RS juga sangat bagus. Mereka seperti mempunyai pengalaman yang banyak dan penyampaian serta kerja kumpulan(teamwork) mereka sangat sistematik. Mereka mempunyai kaedah yang unik dan tersendiri. Hasilnya, peserta memberi perhatian yang maksimum tanpa rasa bosan.

Akhir sekali, secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya dan terdapat juga permintaan dari peserta untuk mengadakan lagi program seperti ini dan membuka tempat lebih besar supaya lebih ramai lagi pelajar yang menyertai. Alhamdulillah. 

Harapan dari pihak penganjur, agar program ini memberi manfaat kepada semua yang hadir dan juga yang tidak hadir. Moga program ini memberi impak yang maksima dalam kita terus hidup dalam redha-Nya.

Jazakallah kepada penyumbang-penyumbang yang telah menyumbang untuk program ini. Tidak lupa kepada semua ahli jawatan kuasa yang telah berkorban tenaga dan masa. Jazakallahu khairan. Moga Allah meredhai.
 
Jazakallah kepada Hakim Halim atas laporan program. Moga Allah balas usaha anda. Amin.

Wassalam.


4 comments:

  1. post pertama akh hakim utk blog KDG, lepas ni bole la minta lagi. hehe =)

    ReplyDelete
  2. salam. afwan danial. kalau besarkn gambar pecah. tk jelas

    ReplyDelete
  3. gambar dari kamera najib xde ke?

    ReplyDelete