
Pada 14 & 15 Februari 2010, suatu Muzakarah IPT Nasional anjuran Karisma Nasional & Karisma Daerah Petaling telah berlangsung dengan jayanya di SAMTTAJ Shah Alam, Selangor. Program dua hari satu malam yang telah menghimpunkan penggerak-penggerak Karisma IPT seluruh negara ini turut dihadiri oleh 7 orang wakil Karisma Daerah Gombak yang terdiri daripada 2 orang Ikhwah & 5 orang Akhawat. Antara agenda muzakarah kali ini ialah pembentangan SP (Strategic Planning) Karisma untuk tahun 2010 - 2012 yang bakal diperkasakan dan dibumikan di setiap lokaliti demi mencapai Fikrah Islam Dominan di Alam Kampus menjelang tahun 2015 (
FIDAK 2015). Selain itu, para perwakilan turut dihidangkan dengan satu slot khas daripada Presiden JIM iaitu Tuan Hj Zaid Kamaruddin. Slot terakhir yang diadakan sebelum majlis penutup pula adalah perbincangan atau 'brainstorming' daripada setiap lokaliti untuk memberi
feedback yang telus kepada Karisma Nasional berkenaan perkembangan da'wah & tarbiyah di kampus masing-masing.
Berikut dikongsikan sedikit sahaja foto yang sempat diambil lantaran kesibukan ahli-ahli perwakilan KDG mencerna isi-isi muzakarah.

Tekun mendengar & memerhati
wah mantop nye peng-update blog nih. tak kenal erti penat lelah. mabruk!
ReplyDeleteSemoga Muzakarah yang telah dilaksanakan ini akan menghasilkan sebuah gerak kerja yang mantap demi masa hadapan dakwah di Tanah Air...
ReplyDelete