Sunday, February 28, 2010

Jika benar cintakan ALLAH

"Siapakah lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada ALLAH, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"


(Fusshilat:33)


"Sungguh sekiranya ALLAH memberikan hidayah kepada seseorang lantaran dakwahmu, itu lebih baik daripada terbitnya matahari"


Hadith riwayat at-Tabarani.


  • Apabila ALLAH akrab dengan kita, siapakah yang berani memusuhi kita?
  • Kita seharusnya ke depan dengan roh cinta dan kasih sayang.
  • Dengan cinta kita berdakwah, berhujah, dan menjelaskan dengan penuh hikmah tanpa dibauri prasangka dan kebencian.
  • Cinta itu bukan kata-kata, cinta itu tindakan.

  1. Dosa-dosa akan menghalang kita daripada datangnya bantuan ALLAH:-
  • false false MS X-NONE AR-SA

    Dalam kita melakukan dakwah fardhiyah, ada beberapa perkara yang seharusnya kita elakkan iaitu melakukan dosa.

  • Apabila kita melakukan dosa, ia akan membantutkan perjalanan dakwah fardhiyah yang kita lakukan.

  • Dosa-dosa dilakukan apabila kita terlupa dalam mengingati ALLAH s.w.t.

  • Untuk mendapatkan kekuatan melakukan dakwah fardhiyah kita hendaklah mengelak daripada melakukan dosa dengan sentiasa mengingati ALLAH s.w.t dan bertawakkal sepenuh terhadapnya

  • Apabila terlanjur sedikit kita terus bertaubat kepada ALLAH s.w.t, sifat inilah akan mendapat bantuan ALLAH dalam apa yang kita usahakan dan perjuangkan.

  • Belum pun bertempik, hanya dengan berbisikpun orang sudah akur dan tunduk.

  1. Semangat yang luntur dan pudar dalam melakukan dakwah:-

  • Berada dalam zon selesa akan melahirkan faktor-faktor yang menolak perubahan contohnya seperti lemah himmah diri.

  • Himmah bererti kekuatan dalaman yang menjadi pendorong kepada keberhasilan dan pencapaian sesuatu matlamat dan tujuan.

  • Hanya mereka yang berani dan punyai himmah yang tinggi sahaja akan sanggup keluar dari zon selesanya untuk menerajui sesuatu perubahan yang dihajatkan.

  • Hanyut dalam zon selesa akan melahirkan masyarakat yang lesu, yang memudarkan semangat juang menegakkan kebenaran, serta himmah dan harga diri mereka tergadai .

  • Semakin tinggi seseorang ke puncak zon selesanya, semakin sukarlah berbicara soal perjuangan.

  • Ini adalah mehnah dan fitnah yang banyak menggelincirkan para du’at dan pejuang sejati.

  • Oleh sebab itu, jika benar kita cintakan ALLAH marilah kita perbaharui semangat kita dengan keluar dari zon selesa masing-masing dengan melakukan usaha dakwah fardhiyah yang masih belum dilakukan.

  1. Bekerjalah secara efektif dan optimum:-

  • Tiada manusia yang suka dengan hasil kerja ala kadar, bagai melepaskan batuk di tangga.

  • Allah s.w.t lebih memandang hasil kerja dan ibadah hambanya yang dilakukan secara yang terbaik dan optimum.

  • Membiarkan pencapaian akademik pada tahap atas urat, adalah suatu pengkhianatan kepada ketinggian dan kemuliaan Islam.

  • Pendakwah yang mengkhianati proses pembelajaran semasa di alam menara gading, amat berpotensi untuk masuk ke dalam masyarakat dengan kualiti kepimpinan yang lemah.

  • Ramai pelajar bersemangat dan aktif dengan dakwah, namun kecundang di bilik darjah.

  • Kita tidak mahu gerakan Islam dan barisan saf perjuangan Islam dipenuhi dengan longgokan sisa yang tidak berkualiti.

  • Kelak apabila melakukan usaha dakwah fardhiyah, mad’u pun tidak sanggup mengikuti kita disebabkan pencapaian akademik kita yang tidak memuaskan.

  • Bagi memudahkan proses dakwah fardhiyah berjalan dengan lancar, maka kita perlu juga meningkatkan pencapaian akademik kita agar boleh dijadikan contoh oleh mad’u kita sendiri.