Sunday, May 16, 2010

Laporan Jaulah Aqsa@Jabal Broga


JAULAH AQSA@JABAL BROGA
"Bir Ruh, Bid Dam, Labbaika Ya Aqsa!"

Alhamdulillah, pada 7 dan 8 Mei 2010 yang sudah pun berlalu, Karisma UIAM Gombak telah berjaya menghantar sebuah armada yang terdiri daripada 24 orang pemuda-pemuda tegar-tarbiyyah untuk menawan Bukit Broga dan menjalankan misi Jaulah Aqsa@Jabal Broga. Jaulah yang julung-julung kali diadakan ini menyaksikan armada tersebut yang diberi nama ‘Armada Palestina’ berkonvoi melalui jalan darat yang lancar (bukan jalan laut) untuk menuju ke destinasi-destinasi pilihan. Sebanyak 6 buah kereta telah berkhidmat untuk menjayakan konvoi ini.


Mengeratkan ukhuwwah – Demikianlah antara objektif jaulah yang ingin direalisasikan oleh Armada Palestina. Perkara ini berjaya dicapai (Alhamdulillah) meskipun hasrat untuk berukhuwwah serta mengenali dengan lebih dekat saudara-saudara se-Karisma dari UniKL BMI yang sepatutnya ikut berjaulah tidak kesampaian atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun demikian, tautan ukhuwwah yang mantap bakal diusahakan jua melalui banyak lagi program-program kerjasama antara Karisma UIAM Gombak dan UniKL-BMI pada masa-masa akan datang, inshallah!


Selain ukhuwwah, satu lagi objektif jaulah adalah untuk menggerakkan sokongan padu golongan mahasiswa Islam kepada perjuangan rakyat Palestin dalam membebaskan tanah air mereka daripada cengkaman kejam Zionis laknatullah. Kerana itulah, jaulah ini dinamakan Jaulah Aqsa @ Jabal Broga – sebuah jaulah unik yang sarat dengan matlamat-matlamat murni – memperjuangkan isu Palestin sambil berjalan di muka bumi, melihat kebesaran ciptaan Allah sambil menikmati indahnya berukhuwwah di atas dasar aqidah dan tauhid.


Preview aktiviti-aktiviti menarik Jaulah Aqsa@Jabal Broga:

  1. Perkongsian khas bersama Tokoh Aktivis Palestin Negara (Dr. Hafidzi Mohd Nor) di Pejabat Aqsa Syarif
  2. MABIT (Malam Bina Taqwa) di Masjid Raja Muda Musa, Semenyih
  3. Kembara Matahari Terbit di Bukit Broga
  4. Rehlah Sungai Tekala
  5. Freeze for Palestine
  6. Perhimpunan Perdana Palestin (Stadium Melawati)


Alhamdulillah, aktiviti-aktiviti yang telah dilalui amatlah bermanfaat dan merupakan sebahagian daripada kombinasi mantap elemen-elemen rohani, fizikal & mental yang telah digarap sepanjang jaulah ini: Aspek fizikal teruji apabila team Armada Palestina sama-sama mendaki Bukit Broga di waktu awal pagi, aspek rohani terisi apabila sama-sama berqiyamullail dan bermunajat memohon ampunan daripada Illahi; manakala mental pula dimantapkan dengan keyakinan untuk berjuang menyemarakkan perjuangan membebaskan bumi Palestin dengan harta, darah dan diwa masing-masing.


Pengalaman berjaulah selama 2 hari satu malam ini tambah meriah dan berseri dengan ragam ahli-ahli team Armada Palestina yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan keunikan yang tersendiri. Keceriaan dan kegembiraan masing-masing bersatu dan menjadi lebih bermakna apabila dapat dikongsikan bersama sepanjang jaulah (terutamanya ketika bergurau senda di dalam kereta, dan banyak lagi yang dapat memperdalamkan ta’aruf sesama ahli).


Ayuh kita soroti pula sekuensi bergambar kisah perjalanan Armada palestina yang bermula dari jam 6.30 petang (7 Mei) sehinggalah jam 12.30 tengah malam (8 Mei) ~


Sebahagian daripada peserta yang sedang setia menanti sejurus sebelum bermulanya perjalanan di Tangga Besar, UIAM Gombak. Tak sabar-sabar nampaknya untuk bertolak. Semangat!!


Bergambar kenangan bersama Dr Hafidzi Mohd Nor di pejabat Aqsa Syarif - suatu pertemuan dengan tokoh pejuang isu Palestin di bumi Malaysia yang amat berharga buat team Armada Palestina.


Santapan malam di Restoran Teratak Rumbia yang tidak jauh dari Pejabat Aqsa Syarif


Sesi menghias kereta-kereta Armada Palestina dengan bahan-bahan Palestin.

Promo jangan tak promo : )


Selamat tinggal, Restoran Teratak Rumbia! Anda antara saksi kembara kami untuk Al-Aqsa Al-Syarif..


Seterusnya - Armada Palestina menawan Jabal Broga!

Puncak Jabal ditawan dan bendera Palestin dijulang!


Kembara Matahari Terbit disempurnakan. Alam jadi saksi. Alhamdulillah!


Perjalanan diteruskan.

Konvoi bergerak ke Sungai Tekala dalam misi rehlah melepaskan lelah.

Maaf, hanya gambar di luar pagar kawasan rekreasi Sungai Tekala sahaja

yang diberi kebenaran untuk disiarkan :D


Lepas itu.. kita makan lagi! Kali ini di restoran Dapur KITA

Bersama pemilik restoran (6 dari kiri). Beliau telah bermurah hati menyumbangkan satu karton air mineral untuk Armada Palestina meneruskan jaulah ini. Allahu Akbar!


Akhirnya tiba di Shah Alam
Sempat lagi bergambar di hadapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah


Destinasi terakhir yang dituju.. Perhimpunan Perdana Palestin!


Penutup

Satu setengah hari berjaulah bukanlah suatu masa yang singkat. Pelbagai kisah suka dan duka telah mewarnai usaha team Armada Palestina dalam menghayati manis dan lazatnya nikmat ukhuwwah sepanjang perjalanan. Malah, dalam pada merasai nikmat ukhuwwah sesama kita, kita juga telah berusaha sedaya upaya untuk menjiwai nilai ukhuwwah dengan saudara-saudara kita di Palestin yang tidak pernah berhenti daripada lonjakan Jihad setiap hari. Ia memang sukar, tapi itu bukan alasan untuk kita tidak berusaha!


Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada para peserta Jaulah kali ini kerana sudi bersama-sama pasukan Armada Palestina meredah sungai, mendaki bukit, mengorbankan masa dan juga tenaga. Tidak dilupakan, krew khas Jaulah Aqsa@Jabal Broga yang telah bertungkus lumus memberikan yang terbaik demi memastikan kelancaran jaulah kita kali ini. Semoga Allah menilai segala amal kita sepanjang jaulah ini sebagai sebaik-baik amal di sisiNya. Ameen.


- Armada Palestina bertolak pulang ke UIAM Gombak pada jam 12.00 tengah malam setelah menghayati bacaan doa rabithah -


Khas dari Armada Palestina,

“Bir ruh, Bid dam, Labbaika Ya Aqsa!!!”


Sekian.


*Kredit kepada Muaz al-Thaarique dan Ilham Nalury atas foto-foto yang telah diambil serta kepada Akh Azraai atas maklumat tentang Jaulah.

Riadah Akhawat 1


Sabda Rasulullah s.a.w: "Allahumma baarik li ummati fi bukuuriha"
mafhumnya: "Ya Allah, berkatilah ummatku di waktu (awal) pagi."

Benarlah sabda Nabi s.a.w. Waktu pagi adalah saat yang amat berharga dan penuh dengan kebaikan; sehingga Nabi s.a.w. sendiri mendoakan keberkatan untuk ummatnya pada waktu awal pagi dengan doa yang khusus, seperti mana yang tertera dalam Hadith di atas.


...Alhamdulillah, nikmat berpagi-pagi akhirnya berjaya juga direalisasikan oleh 8 orang akhawat Karisma UIAM Gombak pada 16 Mei '10. Meskipun ujian tidur merupakan satu cabaran yang amat hebat dan walaupun rancangan untuk beriadah timbul sehari sebelum pagi kejadian, akhawat-akhawat tabah ini berjaya juga menghadirkan diri ke Female Sport Complex seawal jam 7 a.m lagi (syabas dan tahniah!! :)

Kehadiran para akhawat disambut dengan pemandangan yang jarang dapat dilihat kecuali di waktu awal pagi. Burung camar terbang megah di udara, manakala burung-burung pipit yang kecil pula saling berkejaran, terbang rendah kemudian menjunamkan diri mencecah permukaan sungai dengan laju, dinamik dan bermomentum sebelum melayang semula di langit tinggi. Semuanya mengembalikan refleksi kepada ayat 19 surah al-Mulk.

"Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di udara? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu." (67: 19)

Sungguh indah ciptaan Allah yang Maha Sempurna! Tidak terbayar pula nikmat kesihatan, penglihatan, pendengaran dan seluruh pancaindera kurniannNya.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (55: 13)

* * *

Apa pula yang berlaku selepas selesai mentadabbur alam?
Ayuh, mari kita ikuti~

Sambil 'stretching' sambil lihat pemandangan;
diikuti sedikit latihan base ala-ala taekwondo~

Matahari mula naik. UIA semakin cerah dan terik

Antara keluarga-keluarga yang memanfaatkan laman trek
di UIA untuk beriadah

Suasana tenang awal pagi dikejutkan dengan
suatu insiden yang tidak disangka-sangka - Misi menyelamat
seekor burung yang tersangkut pada tali yang merentangi sungai Gombak.

Close-up jerutan tali pada sang burung malang.
Saat ini, ia sudah mula melemah.

Burung yang kelihatan lebih sihat selepas berjaya
diselamatkan, alhamdulillah :)

Selesai misi menyelamat, akhawat menjamu selera sambil mendengar tazkirah, ibrah & perkongsian. Antara yang menjadi bualan adalah bagaimana rahmat terhadap binatang juga dikira sebagai salah satu amal kebajikan dalam Islam. Alahai.. Mudahnya nak dapat pahala!

Kredit teh panas yang enak: Nadhirah

Kredit nasi goreng yang sedap: Salwa

Lepas makan, kita main pula!
Bermain kerana Allah :)
Baling selipar, permainan tradisi kanak-kanak Melayu yang
sempat dimainkan sebelum acara ber-galah panjang.


* * *

Tamat sudah, suatu pagi yang amat bermakna; Alhamdulillah! Walaupun sesi riadah kali ini hanya dihadiri oleh 8 orang akhawat, semoga ianya menjadi suatu permulaan yang baik untuk aktiviti-aktiviti riadah seterusnya yang bakal berlangsung setiap minggu sehingga tamat short sem, insyaAllah. Majlis bersurai selepas bacaan doa mohon kurnia sihat tubuh badan & doa rabitah.
Semoga diberkati semuanya :)

Monday, May 10, 2010

Laporan Perhimpunan Perdana Palestin


Pada 8 Mei 2010 bersamaan 23 Jamadilawal 1431H, suatu sejarah tercipta di Stadium Melawati Shah Alam, tempat di mana Perhimpunan Perdana Palestin Lifeline for Gaza telah dianjurkan dengan jayanya pada malam tersebut. Hadirin-hadirin yang angkanya mencecah hampir 8000 orang merupakan para penyokong keamanan dan pembebasan bumi Palestin yang turun dari seluruh pelusuk tanah air demi menyatakan sokongan mereka terhadap tanah milik umat Islam tersebut.

Ikhwah dan akhawat Karisma turut hadir sama memeriahkan malam Perhimpunan Perdana Palestin ini dengan sebahagian dari mereka ditugaskan sebagai sukarelawan, dan sebahagian lagi memeriahkan program demi menzahirkan solidariti yang mantap buat saudara-saudara di Palestin. Antaranya adalah wakil dari Karisma Daerah Gombak dengan lebih daripada 20 orang ikhwah yang sebelumnya menyertai Jaulah Broga&@Aqsa. Lebih 10 orang akhawat juga turun mewakili Karisma Daerah Gombak dalam program yang dianjurkan bersama oleh HALUAN, JIM, PACE, Aqsa Syarif, VPM, Dewan Pemuda & Pertubuhan Mawaddah Malaysia ini.

Tanpa memanjangkan bicara,
ayuh kita lihat beberapa gambar pasca program!


Wakil-wakil Karisma Daerah Gombak menzahirkan sokongan
melalui pembikinan bahan-bahan pro-Palestin
sebelum bertolak ke Shah Alam:


'Palestine = Our Heart' in the making

'PALESTINE in the heart of every muslim'

'Save Gaza; Sail the Ship' merujuk kepada konvoi kapal-kapal
yang bakal membawa bantuan asasi kemanusiaan ke Gaza 15 Mei nanti

Sekarang, kami sudah sedia untuk bertolak ke Shah Alam!

Setibanya di sana:

suasana di luar stadium.

suasana sebelum majlis bermula

orang ramai mula membanjiri bahagian tengah stadium
dan membentuk saf menjelang waktu solat fardhu maghrib

tenang... hadirin solat maghrib berjemaah

majlis bermula..!

nasyid dialunkan! takbir dilaungkan!

kumpulan pemuda-pemuda yang menjulang bendera
& sepanduk sepanjang setiap persembahan nasyid

para pemudi juga tidak ketinggalan.
terus bersemangat!

antara sepanduk yang mewarnai majlis

ucapan dari Setiausaha Agung JIM, Encik Nahar antara lainnya
menyentuh berkenaan signifikan dan pentingnya Palestin & Al-Aqsa
kepada setiap yang mengaku dirinya muslim

persembahan bertenaga dari saudara Mu'adz Dzulkefly

kumpulan Raihan turut menyumbangkan suara

Detik-detik terakhir sebelum majlis
melabuhkan tirainya:

Kutipan sumbangan dari rakyat Malaysia diserahkan
kepada wakil rakyat Palestin & Lifeline for Gaza dari Turkey

Naib Presiden Foundation For Human Right & Freedom Relief dari Turki,
saudara Hussain Oruc menyampaikan ucapan syabas dan terima kasih
kepada rakyat Malaysia yang mendokong perjuangan Lifeline for Gaza

para hadirin dari segenap lapisan umur setia
menyaksikan majlis sehingga ke penghujungnya

persembahan penutup oleh saudara Mu'adz Dzulkefly

Bacaan resolusi mahasiswa & mahasiswi
diketuai oleh saudara Anaqi (Presiden Kelab Siswa Haluan)
& saudara Abdullah Omar (Presiden Karisma-JIM)

Doa dipanjatkan agar saudara-saudara Palestin kita
terus tabah dan thabat dalam memperjuangkan Palestin & Al-Aqsa.
Mudah-mudahan kita juga tergolong dalam kalangan mereka-mereka
yang berjihad dengan harta dan jiwa seluruhnya untuk Allah. Ameen.

Penutup


Karisma UIAM akan terus bersama rakyat Palestin
dalam memperjuangkan tanah mereka dan Al-Aqsa Al-Syarif!

Takbir!!

Monday, May 3, 2010

Kombo Program Palestin~buktikan anda PEDULI

Tahukah anda, apa itu Lifeline 4 Gaza &
apa yang akan berlaku pada 15 Mei 2010?


'Lifeline 4 Gaza' atau 'Talian Hayat untuk Gaza' adalah kolaborasi antara NGO-NGO di Malaysia dalam suatu kempen antarabangsa untuk menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Gaza menerusi jalan laut. Seperti yang umum ketahui, Gaza telah berada di bawah kepungan rejim Zionis sejak tahun 2007 lagi. Bermula dari detik hitam itu, hubungan Gaza dengan dunia luar telah terputus secara langsung. Keperluan-keperluan asasi penduduk Gaza juga telah disekat tanpa peri kemanusiaan. Justeru, Lifeline 4 Gaza adalah suatu inisiatif oleh NGO-NGO dari 17 buah negara untuk menghantar bantuan-bantuan kritikal yang diperlukan oleh penduduk Gaza. Sebanyak 20 buah kapal yang sarat dengan muatan bekalan asasi disasarkan menyertai misi ini. Kapal-kapal dijangka berlayar meninggalkan Turki pada 15 Mei 2010 dan bergerak secara konvoi sehingga ke perairan Gaza. Bagi memenuhi misi ini, aktiviti pengumpulan dana untuk membeli bekalan-bekalan keperluan yang akan dihantar ke Gaza sedang giat dijalankan. Program-program kesedaran juga sedang hangat berlangsung di seluruh tanah air.

Antara program-program yang dianjurkan bersama dan dipromosikan oleh Aqsa Syarif untuk mencapai misi yang disebut di atas adalah:

Perhimpunan Perdana Palestin
Maklumat seperti yang tertera:



Charity Bazaar
Maklumat seperti dalam poster:



..Tunggu apa lagi? Ayuh kita meriahkan program-program di atas. Jangan lepaskan peluang! Sama-sama buktikan solidariti kita terhadap saudara-saudara yang jauh di mata tetapi dekat di hati.

-Sekali kapal berlayar, peluang takkan kembali-