Tuesday, January 26, 2010

AM 2

Di saat hening pagi hari kedua, langit yang sepi bertebangan seekor burung hendak mengintai perkembangan peserta2 Akademi Murabbi di masjid KLIA (bukan masjid KLCC ataupun Masjid Wilayah mahupun Balai Ketibaan KLIA >:D )


Marwan memulakan harinya dengan yang 'tersayang'


Para brothers yang sedang berusaha membuat rekod timbang bola 50x sebagai persiapan untuk target yang lebih besar


Akhirnya rekod berjaya dipecah…(lepas ni bole la target tarik 50 mad`u)


Ikhwah sedang focus memberikan sepenuh perhatian

Di dalam kekhusyukan mendengar pengisian adanya ‘ketenangan’

Sedang membaca Naruto…Sasuke sedang bertempur dengan Danzo dan Zahid berjuang di UIA


Rahman dan Usamah a.k.a. AJK keselamatan sedang memeriksa makanan… (ye ke...>:D)


Teh pudina dari akhi Nik sememangnya terangkat…


Sedang membincangkan isu2 semasa di warung kedai teh Nik Su


Zahid: ok, ini planning untuk QYC sem 3 nanti. Korang juz ikut jer…pokoknye wala`


Marwan: apa kite nak plan untuk tarbiyyah budak2 UIA?

Zahid: Hmm..Kalo buat jaulah Sarawak ok gak rasenye, bole la gi rumah ana sekali


Bergambar di tengah masjid..(usamah n najib cuba meniru gaya dlm filem salah satu babak filem TITANIC)

Menjadi model untuk tiang2 di masjid KLIA

Para ikhwah sedang bersembunyi di bergambar ala2 filem Hindustan




AM 1

Memori AM (22-24 Januari 2010)

Tahniah para graduan AM sekalian!
Semoga masa yg diluangkan menjadi saksi pengorbanan di jln Allah.

Sesungguhnya jalan juang masih panjang, &
apa yg kita lakukan masih terlalu sedikit.

Mari imbas kembali..


jauh perjalanan luas pemandangan

sampai juga akhirnya

di suatu kawasan lapang

tempat kapal terbang 'lalu-lalang'


* * *
Apa yang kita dapat di sana?


Bekalan fizikal di jalan da'wah:



Bekalan spiritual & mental fi sabilillah:

yg insyaallah akan menghasilkan cahaya-cahaya rahmat;
menembusi segenap penjuru alam jagat:


demi kesejahteraan generasi masa hadapan (ceh)

* * *


Seperti mana berkumpulnya kita di sini, dalam program ini;
seperti itu jugalah kita berdoa & berharap agar Allah
mengumpulkan kita di syurgaNya nanti. Ameen :)


*Nantikan susulan bergambar yg lain
** Credits kepada tuan punya gambar & kamera

Friday, January 22, 2010

Selamat Bercuti!^^



Alhamdulillah, waktu yang dinanti-nantikan (cuti pertengahan semester) sudah tiba!
Walaupun 'hanya' 9 hari (sekiranya dikira dari hari sabtu minggu ini sehingga ke ahad minggu seterusnya), tetapi sebenarnya terlalu banyak perkara yang boleh kita buat dan terlalu banyak jugalah waktu yang boleh kita bazirkan dalam masa yang singkat ini. Perkiraan matematik mudah mengatakan bahawa 9 hari x 24 jam = 216 jam. Maka, sama-samalah kita cuba sehabis baik untuk memanfaatkan sepenuhnya 216 jam yang Allah berikan pada perkara-perkara yang selayaknya.

Kalau selama ini ramai di kalangan kita yang terlalu sibuk dengan pelajaran hingga merasakan tidak cukup waktu untuk melakukan ibadah-ibadah tambahan seperti solat dhuha & solat sunat rawatib, nah, inilah saatnya untuk menambah bonus-bonus amal. Inilah juga ujian masa lapang. Maka, sebaiknya kita merancang cuti semester ini dengan perkara-perkara yang menambahkan iman & amal. Luangkan masa dengan keluarga, ziarahlah sahabat & guru-guru yang pernah mengajar anda, tunaikan amanah untuk menyiapkan assignments, banyakkan muhasabah & memperbaiki diri serta bacalah buku-buku yang menambahkan daya fikir. Semoga kembalinya kita ke bumi Uia Gombak menjadi suatu kepulangan dari 'retreat' yang sangat bermakna:)

*Selamat kembali ke kampung halaman masing-masing! Semoga selamat sampai ke destinasi yang anda tuju~
** Kepada peserta-peserta Akademi Murobbi, selamat berakademi! Semoga Allah terima usaha, jeirt-perih dan niat baik kita :)


Tuesday, January 19, 2010

Program menarik: AM


Ayuh; luangkan masa cuti anda untuk suatu pelaburan yang bakal memberi pulangan yang cukup BESAR insyaallah:


AKADEMI MURABBI
(AM)



Bila?

22 - 24 Januari 2010

Di mana?
Suatu lokasi menarik yg tidak akan didedahkan sehinggalah tiba masanya :D

Untuk siapa?
Murabbi/ah & Naqib/ah & Insan-insan bertuah

Ada apa dengan AM?
Sajian input-input menarik yang bermanfaat,
+ 'buffet' combo untuk ruh^__^
insyaallah~

Apa yang perlu anda lakukan?
1. 'Book' & kosongkan tarikh yang telah disebut
2. Confirmkan kehadiran kepada Naqib/ah anda secepat mungkin.
3. Persiapkan diri & hati
4. Banyakkan berdoa


p.s. Rebutlah tawaran hebat yang tidak selalu datang bergolek ini! :D


Semoga Allah permudahkan segala urusan kita,
dan melancarkan perjalanan program ini nanti.
Ameen.


Jumpa di sana insyaallah!^^

Penangguhan Ziarah Hospital



Dukacita dimaklumkan, program ziarah hospital yang sepatutnya berlangsung pada 17 Januari yang lalu terpaksa ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pihak penganjur memohon ribuan kemaafan atas penangguhan yang tidak diduga ini. Sama-samalah kita yakin bahawa pasti ada hikmah yang terselit di sebalik setiap perkara yang berlaku. Semoga semangat, niat baik dan usaha yang telah anda semua curahkan diganjari dengan sebaik-baik ganjaran. Ayuh berdoa untuk kebaikan bersama & jangan kecewa kerana insyaallah, masih banyak program-program menarik yang boleh anda sertai sepanjang semester ini :D Nantikan..

-Kita hanya merancang, tetapi Allah jualah yang menentukan.
Dan Allah adalah sebaik-baik perancang
-

Note: Terima kasih di atas minat & sokongan yang telah anda semua berikan terhadap program ini; pihak kami sangat, sangat menghargainya!^^

pic link

Wednesday, January 13, 2010

program menarik: ziarah hospital


JOM! JOM! JOM!

Di antara Sunnah baginda Nabi s.a.w adalah menziarahi orang yg sakit & mendoakan mereka.

Atas dasar keprihatinan & rasa tanggungjawab,
kami bawakan kepada anda suatu aktiviti menarik lagi istimewa yg julung-julung kali diadakan:


PROGRAM ZIARAH HOSPITAL


Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 17 Januari 2010 (Ahad)
Lokasi: Hospital Selayang
Masa: 2 pm - 4 pm
(berkumpul di tangga besar jam 1.45 pm tepat)

*Penyertaan terhad.
**Pengangkutan disediakan.


Apa tunggu lagi?
Rebutlah peluang utk beramal dan berbakti :)
Sebarang pertanyaan & urusan pendaftaran, sila rujuk naqib/ah anda,
atau hubungi nombor 013-6281762 (brothers) / 013-2755601 (sisters)


Pesanan penganjur: "Hargailah diri anda semestara hayat masih ada!" :)


-Satu lagi program khidmat masyarakat anjuran
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) UIA Gombak-

Tuesday, January 12, 2010

program hangat: Isu Kalimah Allah


Ayuh beramai-ramai turun malam ini ke:

Wacana Ilmiah Isu Kalimah Allah
Tarikh: 12 Jan 2010
Tempat: Pusat Komuniti JIM
Masa: 8.30 malam hingga selesai
Jemputan: Zaid kamaruddin, Presiden JIM &
Al Fadhil Ustaz Alias Otman, Penasihat Syariah JIM
Anjuran: JK Dakwah JIM

Jumpa di sana, inshaallah! ^__^

Saturday, January 9, 2010

Copy-The-Rite #1


Alhamdulillah, edisi pertama Copy-The-Rite hasil kerja team media K-UIA
telah pun menemui anda semua. Nantikan keluaran seterusnya.
Semoga bermanfaat! ^-^


Thursday, January 7, 2010

Umat Yang Terbaik

Hamad dan Dhiya’, kedua-duanya adalah pegawai ditugaskan untuk memandikan jenazah di Rumah Sakit Angkatan Bersenjata Riyadh. Sepengatahuan saya mereka ni boleh dipercayai telah menceritakan satu kejadian kepada saya.

Hamad berkata, “ seorang lelaki 70-an telah meninggal, saat itu bilik Mandian Jenazah kehabisan bahan wangian termasuk daun bidara, bahkan kapur barus pun kami tak ada. Kami bertanya kepada anak-anak jenazah jika mereka mempunyai perfume?”. Mereka menjawab, “ kami tidak ada”.

Kami mula memandikan jenazah tersebut seadanya, tiba-tiba terhembus semerbak aroma wangi bagaikan wangian cendana – sesaat setelah jenazah tersebut menyentuh air.

Saya-hamad- segera memanggil saudara Dhiya’ supaya segera datang. Ketika memasuki ruang ia bertanya dengan hairan, “aroma apakah ini?” .. melihat Dhiya’ masuk, saya memanggilnya untuk membantu saya meskipun pertanyaannya belum terjawab. Setelah saya jelaskan kepadanya tentang apa yang terjadi, ia takjub dan merasa senang atas kejadian tersebut.

Kemudian Dhiya’ memanggil salah seorang dari anak jenazah tersebut untuk masuk. Ketika masuk ke ruang solat jenazah, sang putera jenazah berasa takjub atas aroma wangian yang ajaib ini.Hamad bertanya kepada sang anak tadi,” apakah kamu memberi satu wangian kepada ayahmu sebelum dia meninggal?” ia menjawab, “ tidak, dia telah dirawat di hospital selama dua minggu dan berada didalam bilik jenazah lebih 24 jam.”

Aroma wangian itu keluar dari jenazah tersebut memenuhi ruang selama kami menguruskan jenazah tersebut , begitu juga masa kami mengkafankannya, aroma wangi itu terus keluar dari kain kafan, begitu semerbak sekali .

Setelah anaknya mengambil alih jenazahnya, saya bertanya kepada anaknya ,” bagaimanakah keadaan ayahmu selama hidupnya? Ia menjawab “ayah kami adalah orang yang selalu menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran dengan lemah lembut, dengan cinta kasih ia menerangkan kebaikan kepada manusia.”

Kisah(*kesaksian seorang dokter*) ini telah memberi kita satu erti yang x bisa kita lari dari kenyataan bergelar seorang muslim, yang mana Allah telah berfirman dalam Surah Ali 'Imran ayat 110 yang tafsirannya:

"Kamu wahai umat Muhammad adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi faedah umat manusia kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah, buruk dan keji serta kamu pula beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman."

Sesungguhnya kita perlu banyak meminta pertolongan daripada Allah atas keadaan kita ini, dimana merasakan malu bila harus menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari kemugkaran, dan berusaha bersama-sama atas iman dan amal.

- satu mad'u satu penggerak -