Thursday, April 26, 2012

MUDAH'12: Syukuri Hidayahmu




Post ini keluar bersempana Mukhayyam Dakhili 2012 yang berlangsung pada 14 dan 15 April 2012 lalu, di Masjid Syakirin, Gombak.







__________________________________________________________

Bila berkongsi tentang pertemuan hidayah masing-masing, Subhanallah! 

Macam-macam cerita ada. Kadang-kadang macam kelakar. Kadang-kadang aku rasa, Masya Allah.... Ukhti ni memang qowiy! Kerana dia sangat mencari ‘hidayah’ tu. Dan, Alhamdulillah dipertemukan.

Macam lah soal jodoh juga. Orang selalu kata, jodoh ni kalau tak usaha, tak dapat. Setuju kan? Begitu jugalah hidayah. Kalau asyik nak tunggu dapat hidayah, memang sampai beruban pun tak jumpa.

Ukhti 1: Saya selalu pergi program anjuran KARISMA dan kelab lain. Bila kena isi registration form, ada satu ruangan tu, minta nama naqibah. Saya tak ada naqibah. Tak tahu nak tulis nama siapa. Saya jumpa seorang committee, minta dia bagi seorang naqibah untuk saya. Alhamdulillah, setelah agak lama menunggu, saya dapat naqibah. ^__^

Ukhti 2: Saya memang nak perbaiki diri. Terjebak dengan usrah ni bila saya bagitahu kawan saya, yang saya nak join usrah. Lepas tu, mak kawan saya tu yang tolong carikan usrah.

Ukhti 3: Saya baik dengan sorang kawan. Dia yang ajak saya join usrah.

Ukhti 4: Saya, parents memang join usrah. Mereka suruh join, jadi saya joinlah.

Ukhti 5: Join usrah dari sekolah. Dulu kat sekolah pun dah ada usrah.

Ukhti 6: Saya nampak sekumpulan sisters duduk dalam bulatan. Lepas mereka dah habis discussion, saya pergi tanya apa yang mereka bincangkan. Rupa-rupanya, mereka sedang berusrah. Macam tu lah saya terjebak dengan usrah.  

Hmm. Ini baru enam cerita, tentang bagaimana sahabat-sahabat terjebak dalam kancah usrah ni. Belum lagi ditanya semua ikhwah akhawat. Pasti setiap orang punya ceritanya sendiri. Seperti saya sendiri, asalnya tak lekat pun dengan medan dakwah tarbiyyah ni. Tapi entah macam mana, hari ini saya masih berada di sini. Alhamdulillah. Allah masih sayangkan saya.

Makanya, syukurilah nikmat Islam dan Iman yang kita kecapi ini. Syukuri hidayahmu.

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, nescaya Dia memberikannya kefahaman dalam ad-deen”
(Bukhari dan Muslim)

Jika diteliti dengan mendalam, tentang bagaimana Rasulullah menyampaikan risalah, Allahu Akbar! Bukan sekadar keringat dan titis peluh yang mengalir. Perjuangan Rasul adalah satu pengorbanan. Berkorban harta dan jiwa. Jihad. Pengorbanan perasaan. Baginda disakiti. Dicederakan. Dimaki dan ditohmah.

Namun, oleh sebab perjuangan ini adalah perjuangan al-Haq, maka perjuangan ini membuktikan kegemilangannya ketika zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin. Diteruskan lagi pada zaman Umayyah. Dan mencapai kemuncak yang tertinggi pada zaman Abasiyah.

Formula kegemilangan telah tercatat. Bahawa tarbiyyah individu itulah yang memainkan peranan. Tarbiyyah lah yang akan menjadikan individu muslim itu menjadi angka-angka bernilai. Yang akan menyumbang dalam kebangkitan Islam.

“Adakah kamu mahu mengumpulkan angka-angka kosong?”
(Syakib Arsalan)

Kesimpulannya mudah bukan? Jomlah perbaiki diri! Jom join usrah!

Kerana dalam usrah itu ada bekalan.
Kerana dalam usrah itu ada ukhuwwah dan kasih sayang.
Kerana dalam usrah itu ada semangat dan peringatan.
Kerana dalam usrah itu jugalah ada ilmu. Ilmu dunia dan akhirat.

Sudah-sudah lah tu. Ayuh kita sama-sama perbaiki diri. Lagi-lagi, dalam usia yang masih bertenaga ni. Moga kita tak menyesal di kemudian hari.

Sama-sama lakukan sesuatu untuk menyumbang dalam kebangkitan ummah.

“Tegakkan Islam dalam diri kita, nescaya Islam akan tertegak di bumimu”

Terima kasih Ya Allah. Kerana memilih aku. 




Wallahu a'lam.




3 comments:

  1. Usrah medan yang sesuai untuk berubah secara berperingkat..

    ReplyDelete
  2. yup. setuju. berperingkat dan berterusan

    ReplyDelete
  3. subhanallah,,byk kelebihan tika menyertai usrah(",)

    ReplyDelete