Monday, October 11, 2010

KONVOI RAMADHAN “REMEMBRANCE OF AL-QUDS”

“JAUH PERJALANAN, LUAS PEMANDANGAN”

Seperti yang kita maklum, 21 Ogos 2010 telah dipilih sebagai Hari al-Quds Sedunia tiap-tiap tahun. Atas semangat pembebasan Palestin yang berkobar-kobar, Jawatankuasa Dakwah Karisma Daerah Gombak telah menganjurkan Konvoi Ramadhan “Remembrance of al-Quds” pada 22 Ogos 2010 khas untuk mahasiswa-mahasiswa di sekitar daerah Gombak. Destinasi konvoi yan
g dipilih kali ini ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, atau yang lebih dikenali sebagai Masjid Besi.

Mungkin ramai yang akan bertanya, kenapa konvoi ini dilewatkan sehari dari hari yang diingati sedunia? Jawapannya mudah, kempen Palestin itu tidak bermusim! Kempen Palestin adalah kempen sepanjang musim sehinggalah Salahuddin al-Ayyubi moden kembali datang dengan gah mengembalikan tanah suci ini kepada mereka yang mempunyai HAK ke atasnya.

Babak 1



 Jumlah peserta yang asalnya hampir mencecah 30 orang itu mula tersungkur perlahan-lahan dek kehangatan ujian Ramadhan, sehingga akhirnya jumlah peserta yang sanggup menggalas cabaran ini hanyalah seramai 11 orang. Namun semangat 11 orang pemuda ini tak pernah luntur. Berpakaian serba hitam berselendangkan mafla Palestin, mereka terus meluncur laju dengan tiga buah kereta berhiaskan bendera Palestin meninggalkan Tangga Besar UIAM Gombak di belakang.

“Inilah pertama kali saya akan menjejakkan kaki ke Putrajaya.”- Wan Hasbullah Wan Ibrahim, pemuda Konvoi Ramadhan

Babak 2





Puji-pujian kepada Tuhan, lalu lintas masih belum sesak lagi (terutamanya di Pandan Indah). Satu jam masa berlalu, tiga buah kereta gah tersebut akhirnya tiba juga di pusat pentadbiran utama negara iaitu Putrajaya, spesifiknya Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada jam 5.30 petang. Sejuknya air wudhuk sedikit sebanyak menyegarkan ubun-ubun kepala para pemuda. Solat Asar berjamaah pada hari itu sangat bermakna.

“Jom solat Asar, lambat pula nanti.” – Ahmad Rabbani Mokhtar, pemuda Konvoi Ramadhan

Babak 3


Usai mencecahkan dahi menghadap Tuhan, abang Nash datang menghiburkan para pemuda dengan sebuah pengisian bertajuk “Palestin dalam Ramadhan”. Lokasi pengisian yang benar-benar berhampiran dengan kolam air masjid dipilih. Angin bayu yang menyelimuti para pemuda di samping menghayati keindahan Putrajaya. Daniel adalah antara pemuda yang paling banyak bertanya kepada abang Nash yang juga merupakan ahli jawatankuasa Dakwah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dalam babak ini. Antaraya ialah, apa sebenarnya yang berlaku pada 21 Ogos? Anda tahu?

“Kita cuba tanya Najib tentang apakah kaitan antara Palestin dan Ramadhan memandangkan dia yang memberikan tajuk ini kepada abang.” – Abang Nash

Babak 4

Jarum panjang jam sudah mencecah ke angka 9 sementara jarum pendek bergerak perlahan ke angka 7. Para pemuda bergegas menyiapkan sebuah projek Konvoi Ramadhan malam ini iaitu membuka gerai pameran dan jualan Palestin. Dua buah meja panjang yang disediakan pihak masjid dimanfaatkan sepenuh-penuhnya untuk menjayakan projek kesedaran ini. Antara barang-barang yang dijual ialah buku-buku yang mengupas tentang isu Palestin terbitan JIM Media, pelekat kereta, Mafla Palestin, Termos, Cawan, Badge Palestin, Beg, dan pelbagai lagi yang kebanyakannya merupakan keluaran Aqsa Syarif.

“Kalau nak tambah kerusi lagi, ambil sahajalah kat belakang kereta itu” – Pak Guard Masjid

Babak 5



Iftar jamaiy dimulakan dengan sedikit kurma dan the tarik. Usai solat maghrib berjamaah, makanan yang lebih berat disediakan. Iftar kali ini menjadi lebih nikmat apabila ditemani oleh sahabat seperjuangan dari CUCMS dan juga encik Zainuddin yang merupakan ahli IKRAM Putrajaya. Pelbagai celoteh dan ragam para pemuda ketika berbuka. Ada yang sedikit kecewa kerana tidak sempat mengambil lauk ayam (hehe). Namun yang jelas, semuanya berasa sungguh gembira ketika berbuka. Benarlah dalam sebuah hadis yang ma’tsur mengatakan terdapat dua nikmat untuk mereka yang berpuasa. Antaranya ialah nikmat ketika berbuka. Nikmat yang satu lagi?
“Boleh terangkan sedikit apa yang biasanya antum buat masa konvoi Palestin? Kami belum ada pengalaman berkonvoi lagi.” – Ilyas CUCMS

Babak 6



Malam di Masjid Besi kali ini sungguh luar biasa. Para pemuda tak tertangan melayani karenah masyarakat masjid yang berkerumunan membeli barang di samping mengamati pameran dan artikel berkisarkan Palestin di gerai tersebut. Belum pun azan isya’ berkumandang, mafla Palestin telah pun kehabisan stok. Para pemuda telah menyusun satu gerak kerja untuk memastikan setiap pemuda dapat menunaikan solat tarawikh walaupun hanya beberapa rakaat sahaja.

“Lepas ini boleh buat di Masjid Putra pula lah kan?” – Encik Zainuddin, ahli IKRAM Putrajaya

Babak 7


Singkat betul masa berlalu. Para pemuda lantas mengemas kesemua barang jualan dan pameran untuk bersiap sedia pulang ke tanah tercinta, Gombak. Para pemuda berkesempatan untuk merakam memori indah sebagai kenang-kenangan berlatarkan sebuah Masjid yang termoden di zaman ini. Sebelum menekan pedal minyak, sebuah resolusi ringkas dilaksanakan sesama peserta. Resolusi yang paling utama, pemuda akan terus berjuang meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu Palestin. Pulanglah para pemuda ditemani cahaya rembulan yang sangat mendamaikan.

“Kenapa buat satu malam sahaja?” – Mak Guard Masjid

nukilan: MarwanAMZ

p.s: maaf atas kelewatan posting. dah agak lama bersarang kat pc baru sekarang dapat cari kesempatan nk post :)

6 comments:

  1. eh. dekat babak 4 tu, ana nmpak slim pulak. xpyh continue diet dah la. hahaha.

    terus bjuang utk Palestin!

    ReplyDelete
  2. sebab marwan nk promote diri die :P

    *kalo diperhatikan betul2 kt semua gmabar mesti ada marwan @ bende berkait dgn marwan(kereta, beg,...)

    ReplyDelete
  3. Ana tidak berkata benar wahai Umair, gambar dalam babak 1, 2 dan 6 tidak ada pun benda yang berkait dengan ana....

    (sebenarnya, Umai sengaja tak nak letak gambar Najib atas sebab2 yang tak dapat dikesan)

    Papepun, konvoi ni memang best dan simple....

    ReplyDelete
  4. hmm....maybe gmbr 1 n 2 xde kot, tapi bukan ke gmbr 6 tu anta dok sembunyi blakg bunting. no?

    tapi rase rugi coz byk gak program yg ana x dpt join akhir2 ni...

    p.s; laporan diatas hanya copy paste dr original, sbrg editing gmbr tidak dibuat semuanya berpandukan kehendak penulis =P

    ReplyDelete