Ikhtilat
Oleh: Ustazah Arfah Abdul Wahab
6 Jun 2010, 9.30 p.m.
Malam kedua di MISI diisi dengan slot membincangkan tentang Ikhtilat. Topik yang sering dibincangkan sama ada dalam sesi yang formal atau tidak formal. Namun, kita kadang terlupa akan hukum asal ikhtilat dan keadaan-keadaan yang dibenarkan ikhtilat ini.
Ikhtilat ialah pergaulan silang jantina secara berkumpulan atau berduaan , lelaki dan perempuan bukan muhrim dan berlakunya interaksi di antara mereka.
Hukum asal ikhtilat ialah haram. Islam sangat menegah ikhtilat kerana secara tidak langsung ia akan membawa kepada zina mata, hati dan lain-lain zina. Namun, ikhtilat bukanlah haram dalam semua perkara. Terdapat keadaan-keadaan yang dibenarkan Ikhtilat, tetapi jangan pula kita mengekploitasikan keadaan-keadaan yang dibenarkan untuk ikhtilat.
Hujah yang digunakan ke atas hukum ikhtilat ialah larangan buat muslimat bermusafir tanpa mahram, tegahan buat wanita berjalan seiringan dengan lelaki, tidak boleh berkhalwat silang jantina, tidak wajib solat berjemaah dimasjid buat perempuan, tidak wajib berperang keatas perempuan, tidak wajib solat jumaat untuk muslimat dan hukum khusus wanita melaksanakan haji.
Pada asalnya wanita tidak digalakkan untuk berada di masjid untuk aktiviti seperti solat berjemaah dan solat jumaat. Namun mereka dibenarkan solat di masjid dengan syarat, mereka telah mendapat izin suami, tidak memakai wangian dan tidak bercampur gaul dengan lelaki.
Begitu juga dengan ikhtilat. Hukum haram adalah hukum asal bagi ikhtilat. Tetapi apabila berhadapan dengan situasi-situasi berikut, ikhtilat adalah dibenarkan:
· Darurat
· Urusan Harta: Jual beli dan sewaktu dengannya
· Urusan Mahkamah: Hakim, peguam dan saksi
· Urusan Kerja
· Melayani tetamu
· Pergaulan semasa belajar
· Keperluan yang tidak bercanggah dengan syara’
Dalam hal darurat, ikhtilat diharuskan kerana untk keselamatan wanita. Contohnya, andai wanita bukan muhrimnya berjalan berseorangan jauh dari kelompok manusia, dan dikhuatiri keselamatannya, lelaki itu diharuskan untuk berjalan dalam jarak yang tertentu sehingga yakin wanita itu selamat.
Zaman ini adalah zaman dimana lelaki dan perempuan sama-sama bekerja untuk menampung keperluan hidup di zaman millennia ini. Secara zahirnya, ikhtilat akan berlaku. Pergaulan diantara rakan sekerja, perbincangan dalam mesyuarat dan juga menerima arahan daripada ketua . Ikhtilat ini diharuskan dengan tetap menjaga batas-batas syara’.
Begitu juga halnya dengan melayani tetamu. Sekiranya kita terpaksa berdepan dengan lelaki atau perempuan ajnabi, yang menziarahi rumah kita dan menuntun kita untuk menghormati mereka sebagai tetamu rumah kita, ianya dibenarkan. Contohnya, Ibu kita memperkenalkan kawan-kawannya kepada anak lelaki mereka. Anak haruslah menjaga maruah ibu dan menghormati kawan-kawan ibunya dengan menyantuni mereka.
Hidup kita sebagai pelajar kita tidak akan lari daripada berdepan dengan masalah ikhtilat ini. Ikhtilat diharuskan dalam kita menuntut ilmu. Berguru dengan guru lelaki mahupun perempuan. Akan berlaku dua interaksi antara guru dan pelajar. Namun, terjadi perdebatan apabila berlakunya kerja kumpulan yang melibatkan lelaki dan perempuan berada didalam satu kumpulan berbincang tentang pelajaran. Adakah perkara ini dibenarkan? Tidakkah ini akan membawa kepada ruang-ruang untuk syaitan menyelit menyesatkan kita?
Disini, hati kita memainkan peranan yang sangat penting. TIngkah laku kita dalam menuntut ilmu perlu dijaga. Sekiranya tiada pilihan lain yang memerlukan lelaki dan perempuan untuk berada didalam satu kumpulan, maka, ia diharuskan. Tetapi, sekiranya perkara ini boleh dielakkan, maka sangat-sangat digalakkan. Apa yang utama, alasan untuk belajar berdua lelaki dan perempuan sama sekali tidak dapat diterima!
Situasi terakhir, yang melibatkan hal-hal am seperti berada didalam kenderaan awan, menziarahi pesakit, merawat pesakit, hubungan antara saudara-mara; seperti suami ibu saudara, isteri bapa saudara, sepupu lelaki dan sepupu perempuan. Situasi ini diharuskan selagi mana kita tidak melampaui batas syara’ hubungan antara lelaki dan perempuan.
Menariknya kata-kata ustazah Arfah dalam soal ikhtilat ikhwah-akhawat. “Kalaupun didalam mesyuarat, hadirkan pasangan suami dan isteri didalam mesyuarat kita supaya mereka yang akan menjadi perantara bagi pihak yang bujang-bujang.” Ustazah sangat menekankan perihal ikhtilat sehingga disebut supaya menghadirkan pasangan suami isteri yang halal untuk berbicara menjadi perantara bagi pihak yang bujang supaya hati-hati itu terjaga dan niat ikhlas kita terpelihara.
Di akhir pengisian, ustazah memberi tip-tip yang boleh diguna-pakai untuk mengelakkan berlakunya ikhtilat haram sama ada secara sedar ataupun tidak. Diantaranya ialah:
· Elakkan berhubung dengan silang jantina: Sekiranya boleh melakukannya dengan bantuan sesama jantina, perlulah mendahulukan sesama jantina. Melainkan dalam hal-hal yang kita tiada kepakaran dan kudrat seperti membaiki computer, mengangkat barang-barang yang berat dan sebagainya.
· Ringkaskan dan Padatkan ayat: Kita hidup di zaman teknologi. Jarak yang jauh, boleh didekatkan, masa yang berbeza sudah tidak menjadi masalah. SMS, YM, E-mail boleh menjadi penghubung. Sehubungan dengan itu, sekiranya kita mahu berhubung dengan silang jantina, tidak perlulah meletakkan ikon-ikon berupa luahan emosi seperti ikon senyuman dan sebagainya. Pastikan mesej yang ingin disampaikan jelas dan padat. Tidak perlu kepada mukadimah yang panjang-panjang. Andai terdesak mengguna panggilan telefon atau bersemuka, jagalah suara dan tingkah laku.
· Tundukkan hati: Dallam berhubung dengan silang jantina, kita mestilah takut dengan kemurkaan-Nya. Mohon agar syaitan tidak mengambil kesempatan untuk mencuit hati-hati ini apabila berurusan dengan silang jantina.
· Tundukkan pandangan: Jelas, tidak perlu bertentang mata apabila berurusan dengan silang jantina. Cukuplah sekadar kita mengakui kehadiran mereka dan memberi respon yang sesuai menunjukkan kita mendengar apa yang ingin disampaikan.
· Mempercepatkan urusan: Bersegeralah dalam berurusan dengan silang jantina. Elakkan daripada berkongsi hal peribadi, luahan hati, bergelak ketawa dan perkara-perkara yang seumpama yang tidak penting untuk pengetahuan mereka.
Akhir kalam, semoga kita sama-sama dapat menjaga adab pergaulan seperti yang disarankan oleh Islam.
Wallahu’alam
Dilaporkan oleh:
Maryam Hijrah bt Samsuri
bukan ustazah Arfah eh nama die, bukan Arfak kan?
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian, nak sgt2 dengar penyampaian dr Ustazah Arfah tapi sempat dengar sikit je..
alamak.nanti kite cek balik
ReplyDeleteUstazah Arfah..tatau ejaan sebenar macamne...tapi arfah/k la bunyi die.
ReplyDeleteminta maaf atas kesilapan ejaan nama ustazah
Terima kasih....... :) kdg2 trlupa, kdg2 x dpt mngawalnya sbb tak sedar, kdg2 jadikan alasan spy dpt komunikasi dgn lancar....walhal yg tak buleh tu tetapla tak buleh.
ReplyDeleteBest memang best!
ReplyDeletesekadar bertanya, setakat yang ana belajar, penggunaan istilah muhrim tidak tepat di sini. Yang lebih tepat ialah istilah "mahram".
Wallahu a'lam....
Salam...
ReplyDeleteRealitinya, ikhtilat akan tetap berlaku seawal langkah pertama keluar dari bilik.
Semua orang akan terlibat, terjebak dan terjerumus.
Bezanya, sejauh mana kita cuba memastikan diri kita bebas dari ikhtilat, or even fitnah ikhtilat itu pun kita berjaya elakkan.
Moga Allah pelihara diri kita, dengan kekuatan iman yang mendalam hasil dari ibadah yang mantap dan berkualiti insyaAllah(^_^)
nama ustazah : ARPAH ABD WAHAB
ReplyDelete