Wednesday, March 31, 2010

Melihat Peperiksaan dari 'Tingkap' Keimanan


Bismillah.

Apa khabar semua, ikhwah dan akhawat KARISMA UIA Gombak serta para pelawat yang kami muliakan? Kepada warga Taman Ilmu dan Budi khususnya, rasanya masih 'valid' lagi untuk kami memperbaharui ucapan selamat menempuh peperiksaan akhir semester dengan jayanya! Kepada yang telah mula bercuti, selamat memanfaatkan cuti dengan perkara-perkara yang mampu menghidupkan iman dan membuahkan amal. Sekadar sedikit tazkirah di celah-celah kesibukan berperang dengan imtihan (peperiksaan) akademik..

Dalam apa jua keadaan, kita masih hamba Tuhan

Selalunya bila tiba musim peperiksaan, para pelajar akan mem'beku'kan semua aktiviti-aktiviti luaran dan mula sibuk membaca buku serta nota pelajaran. Ada yang berasa tertekan. Ada yang masih mampu bertenang. Ada pula yang tidak keruan. Tetapi ketahuilah, dalam setiap detik dan situasi yang kita lalui dalam hidup ini, kita masih menghirup udara yang Allah berikan. Kita masih hamba Tuhan. Maka, walau sesibuk apa pun kita bergelumang dengan buku-buku tebal dan helaian-helaian nota setiap hari, tidaklah wajar untuk Allah diketepikan dari kehidupan, apatah lagi dilupakan. Apabila kita sedar hakikat kepentingan menjaga hubungan dengan Allah dalam setiap hal hatta di saat-saat peperiksaan, barulah kita akan mampu melihatnya dengan kaca mata orang beriman. Bagaimanakah peperiksaan itu dilihat dengan neraca iman?

Iman & Peperiksaan - Ada kaitan?

Peperiksaan sebenarnya jika dimanfaatkan, boleh menjadi medan untuk meningkatkan iman. Usaha yang kemas digandingkan dengan tawakkal yang tinggi, disempurnakan pula dengan niat mengejar redha Allah semata-mata - indahnya konsep ini bakal memberi ketenangan kepada orang-orang yang dalam hatinya ada cinta kepada Allah. Sambil mengulang-kaji, dia tidak lalai. Dalam menghadapi kesusahan & sebarang keputusan, dia bersyukur dan mengambil pengajaran. Lihatlah peperiksaan sebagai peluang untuk menambah pahala. Lihat juga waktu-waktu yang banyak dihabiskan demi mengulang-kaji sebagai suatu pelaburan amal yang tidak merugikan. Semoga kefahaman yang kita peroleh dapat diaplikasikan dalam kehidupan, bukan sekadar jawapan-jawapan untuk peperiksaan yang kemudiaannya hilang dari ingatan. Apabila ilmu-ilmu mampu diterjemahkan dalam bentuk amal, serta meningkatkan kefahaman dan mendekatkan diri kita kepada Allah, barulah ia dinamakan: keBERKATan :)

Sedikit Pesanan

Sebagai manusia, apabila fikiran dipenuhi perkara-perkara penting seperti peperiksaan, biasalah kiranya kita terlupa untuk duduk sebentar dan bermuhasabah. Juga lupa untuk menambah amal. Tetapi kalau boleh, selain menjaga solat di awal waktu, istiqamahlah dalam membaca Qur'an. Ia bukanlah sebuah kitab yang membicarakan tentang ilmu-ilmu duniawi seperti Geologi, Engineering, Sains, Matematik dan pelbagai cabang ilmu lainnya dengan 'detail'; kerana semua ini mampu dicapai oleh akal manusia menerusi siri-siri kajian & pembelajaran, malah telah terbukti dengan penghasilan jutaan buku-buku seantero dunia.

Lebih dari itu, Al-Qur'an adalah sebuah kitab Hidayah, yang diturunkan khas untuk membimbing kita mengenal Allah dan erti kehidupan, kerana manusia tidak akan mampu mencapai hakikat dan pemahaman ini, tanpa 'manual' dari penciptaNya. Inilah yang kita perlukan, agar kita tidak lupa dan larut dalam mengejar dunia semata-mata. Inilah antara bekal yang boleh kita bawa apabila pulang menghadap yang Esa. Selain itu, Al-Qur'an juga turut dipenuhi dengan 'tips-tips' untuk menggapai kejayaan dunia dan akhirat. Maka, sambil-sambil mengulang-kaji, berehatlah barang sebentar dan beleklah Al-Qur'an tanpa gagal walau sehari. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang Allah berkati hidupnya, dan orang-orang yang berjaya mengikut timbangan kejayaan yang Allah tetapkan. Berjaya dalam erti kata sebenar. Berjaya dunia dan akhirat. Ameen.

11 comments:

  1. ameen....(kejayaan dunia dan akhirat)

    ReplyDelete
  2. salam.

    wah post baru dalam kegentingan musim peperiksaan. bagus3!
    tersengih bila baca tajuk.

    yeap
    hidup berpaksikan keimanan.
    yakin bahawa Dia ada sentiasa dan Dia jugak pemegang segala keputusan.
    kerja kita hanya usaha+doa.

    dulu masa sekolah, mentor pernah kata yang mafhumnya, "usaha/tahap motivasi kita adalah sama dengan tahap iman kita".
    or simply put, usaha=iman.
    mungkin boleh renung2kan.

    tetap semangat!

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. mahu ameenkan juga seperti u-nisaa! AMEEN :)

    ReplyDelete
  4. just what i needed. a new refreshing air to breath. :)

    Allah, selamatkan kami.!

    ReplyDelete
  5. seseorang pernah berkata buka dan tutup ilmu dgn al-qur'an, InsyaAllah berkat + melekat ilmu di dada..

    ReplyDelete
  6. maksudnya apa kak maya?

    ReplyDelete
  7. maksudnya before study baca 1 ms qur'an, dah habis study pun baca lg 1 ms qur'an. kalau pembuka + penutupnya baik, InsyaAllah yg tengah2 tu senang nak ingat.

    sape ye prettyugly ni?

    ReplyDelete
  8. tazkirah menarik. jangan tinggal qur'an..

    "Bacalah Al-Qur'an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat, memberi syafaat kepada pembacanya" (HR Muslim)

    "Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarnya" (HR Bukhari)

    ReplyDelete
  9. betul-betul-betul.
    xm bukan lesen nak lobangkan mutabaah amal.
    malah, kalu zaman persekolahan dulu, musim xm la paling tak tinggal solat hajat kan?
    pagi lagi malam lagi.
    apepon, jaga keSIhATAN fizikal dan mental juga.
    insyaAallahh fil jannah^______^

    ReplyDelete