Sunday, February 28, 2010

Jika benar cintakan ALLAH

"Siapakah lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada ALLAH, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"


(Fusshilat:33)


"Sungguh sekiranya ALLAH memberikan hidayah kepada seseorang lantaran dakwahmu, itu lebih baik daripada terbitnya matahari"


Hadith riwayat at-Tabarani.


  • Apabila ALLAH akrab dengan kita, siapakah yang berani memusuhi kita?
  • Kita seharusnya ke depan dengan roh cinta dan kasih sayang.
  • Dengan cinta kita berdakwah, berhujah, dan menjelaskan dengan penuh hikmah tanpa dibauri prasangka dan kebencian.
  • Cinta itu bukan kata-kata, cinta itu tindakan.

  1. Dosa-dosa akan menghalang kita daripada datangnya bantuan ALLAH:-
  • false false MS X-NONE AR-SA

    Dalam kita melakukan dakwah fardhiyah, ada beberapa perkara yang seharusnya kita elakkan iaitu melakukan dosa.

  • Apabila kita melakukan dosa, ia akan membantutkan perjalanan dakwah fardhiyah yang kita lakukan.

  • Dosa-dosa dilakukan apabila kita terlupa dalam mengingati ALLAH s.w.t.

  • Untuk mendapatkan kekuatan melakukan dakwah fardhiyah kita hendaklah mengelak daripada melakukan dosa dengan sentiasa mengingati ALLAH s.w.t dan bertawakkal sepenuh terhadapnya

  • Apabila terlanjur sedikit kita terus bertaubat kepada ALLAH s.w.t, sifat inilah akan mendapat bantuan ALLAH dalam apa yang kita usahakan dan perjuangkan.

  • Belum pun bertempik, hanya dengan berbisikpun orang sudah akur dan tunduk.

  1. Semangat yang luntur dan pudar dalam melakukan dakwah:-

  • Berada dalam zon selesa akan melahirkan faktor-faktor yang menolak perubahan contohnya seperti lemah himmah diri.

  • Himmah bererti kekuatan dalaman yang menjadi pendorong kepada keberhasilan dan pencapaian sesuatu matlamat dan tujuan.

  • Hanya mereka yang berani dan punyai himmah yang tinggi sahaja akan sanggup keluar dari zon selesanya untuk menerajui sesuatu perubahan yang dihajatkan.

  • Hanyut dalam zon selesa akan melahirkan masyarakat yang lesu, yang memudarkan semangat juang menegakkan kebenaran, serta himmah dan harga diri mereka tergadai .

  • Semakin tinggi seseorang ke puncak zon selesanya, semakin sukarlah berbicara soal perjuangan.

  • Ini adalah mehnah dan fitnah yang banyak menggelincirkan para du’at dan pejuang sejati.

  • Oleh sebab itu, jika benar kita cintakan ALLAH marilah kita perbaharui semangat kita dengan keluar dari zon selesa masing-masing dengan melakukan usaha dakwah fardhiyah yang masih belum dilakukan.

  1. Bekerjalah secara efektif dan optimum:-

  • Tiada manusia yang suka dengan hasil kerja ala kadar, bagai melepaskan batuk di tangga.

  • Allah s.w.t lebih memandang hasil kerja dan ibadah hambanya yang dilakukan secara yang terbaik dan optimum.

  • Membiarkan pencapaian akademik pada tahap atas urat, adalah suatu pengkhianatan kepada ketinggian dan kemuliaan Islam.

  • Pendakwah yang mengkhianati proses pembelajaran semasa di alam menara gading, amat berpotensi untuk masuk ke dalam masyarakat dengan kualiti kepimpinan yang lemah.

  • Ramai pelajar bersemangat dan aktif dengan dakwah, namun kecundang di bilik darjah.

  • Kita tidak mahu gerakan Islam dan barisan saf perjuangan Islam dipenuhi dengan longgokan sisa yang tidak berkualiti.

  • Kelak apabila melakukan usaha dakwah fardhiyah, mad’u pun tidak sanggup mengikuti kita disebabkan pencapaian akademik kita yang tidak memuaskan.

  • Bagi memudahkan proses dakwah fardhiyah berjalan dengan lancar, maka kita perlu juga meningkatkan pencapaian akademik kita agar boleh dijadikan contoh oleh mad’u kita sendiri.

3 comments:

  1. Salam nak quote “Kita tidak mahu gerakan Islam dan barisan saf perjuangan Islam dipenuhi dengan longgokan sisa yang tidak berkualiti”

    Dush! Moga Allah bantu kita semua untuk terus tabah dalam perjuangan ini. Kadangkala diri boleh menjadi lemah untuk berda’wah bila memikirkan tahap pencapaian akademik yg kurg mmberangsangkan.

    Moga Allah jauhkan kita drpd mnjadi longgokan sisa yg tak brkualiti dlm saf prjuangan ini.

    ReplyDelete
  2. Sangat menarik, penyampaian yang mesra pembaca, bila berbincang tentang akademik, teringat post Ustaz Hasrizal yang bertajuk jenayah akademik, moga kita terus maju menguasai kesemua bidang....:-)

    ReplyDelete
  3. menarik! teruslah menghadirkan tazkirah-tazkirah di laman ini :) semoga bermanfaat~

    ReplyDelete