Friday, December 18, 2009

hijrah, yuk! - a short reminder



Bismillah.


Jumaat yang baru saja berlalu menandakan tamatnya minggu kedua dari keseluruhan 14 minggu tempoh pengajian untuk semester ke-2 sesi 2009/2010. Hari yang sama juga menyaksikan kehadiran tahun baru 1 Muharram 1430 Hijrah. Justeru, pihak Karisma IIUM Gombak dengan penuh berbesar hati mengucapkan..







Lumrah kehidupan sebagai manusia, pastinya setiap dari kita pastinya mempunyai banyak kekurangan dan masih jauh dari kesempurnaan. Peningkatan diri dan pembaikan pula hanya akan datang melalui perubahan-perubahan yang sanggup kita lakukan. Prinsipnya mudah. Kalau tak mahu duduk di takuk lama, kita harus berubah. Kita mesti berhijrah. Hijrah itu pula, asasnya adalah cinta. Kerana cinta bakal melahirkan kekuatan. Cinta kepada kebaikan, akan menjadikan kita kuat dalam usaha meraihnya. Contoh mudah, cinta Ar-Rasul terhadap Allah dan deen inilah yang telah menggagahkan beliau saat kakinya melangkah ke Madinah, sebuah negeri asing yang jauhnya lebih kurang 340 km ke utara Mekah. Beliau dan Abu Bakr r.a. nekad meninggalkan Mekah, tanah tumpah darah yang amat dekat pada hati mereka, demi membina sebuah negara Islam yang menjunjung tinggi syi'ar-syi'ar deen ini. Inilah antara pengorbanan-pengorbanan yang dilakukan atas dasar cinta, oleh Ar-Rasul dan para sahabat, sehingga Islam mampu sampai kepada kita semua, pada hari ini.

'Hijrah' dan 'Pengorbanan' - suatu yang tidak dapat dipisahkan lagi. Mungkin boleh dikatakan, signifikan kedua-duanya dari sudut pandangan kita sebagai individu-individu muslim adalah: Jika kita mahukan kebaikan, kita mestilah sanggup mengorbankan sisi-sisi jahiliyah dalam diri. Demikian juga lah, kalau kita inginkan kecemerlangan sebagai seorang pelajar, sikap malas haruslah dibuang jauh-jauh.

Wallahu'alam.


p/s: Semoga kedatangan tahun baru hijri di peringkat awal semester ini menyemarakkan lagi semangat kita untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Marilah sama-sama beristighfar atas dosa-dosa yang telah kita lakukan, serta berniat dan bertekad untuk melakukan sebanyak mungkin amal soleh tahun ini, dan tahun-tahun akan datang, sehingga kita bertemuNya dalam sebaik-baik keadaan. Ameen.


p/s 2: Harapnya masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Datang, Welcome dan Ahlan Wa Sahlan kepada pelajar-pelajar baru Taman Ilmu dan Budi - semoga kehadiran anda semua mendamaikan lagi bumi IIUM yang kita kasihi. Buat para senior pula, Selamat Kembali kami ucapkan! ^_^

0 komentar:

Post a Comment