Sunday, October 24, 2010

Haflah Wida' Akhawat

Bismillah...

"Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai saudaranya (sesama muslim) seperti ia mencintai dirinya sendiri". (HR. Bukhari dan Muslim).


Monday, October 11, 2010

KONVOI RAMADHAN “REMEMBRANCE OF AL-QUDS”

“JAUH PERJALANAN, LUAS PEMANDANGAN”

Seperti yang kita maklum, 21 Ogos 2010 telah dipilih sebagai Hari al-Quds Sedunia tiap-tiap tahun. Atas semangat pembebasan Palestin yang berkobar-kobar, Jawatankuasa Dakwah Karisma Daerah Gombak telah menganjurkan Konvoi Ramadhan “Remembrance of al-Quds” pada 22 Ogos 2010 khas untuk mahasiswa-mahasiswa di sekitar daerah Gombak. Destinasi konvoi yan
g dipilih kali ini ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, atau yang lebih dikenali sebagai Masjid Besi.

Mungkin ramai yang akan bertanya, kenapa konvoi ini dilewatkan sehari dari hari yang diingati sedunia? Jawapannya mudah, kempen Palestin itu tidak bermusim! Kempen Palestin adalah kempen sepanjang musim sehinggalah Salahuddin al-Ayyubi moden kembali datang dengan gah mengembalikan tanah suci ini kepada mereka yang mempunyai HAK ke atasnya.

Babak 1

Saturday, October 9, 2010

RELITE '10

REHLAH AKHAWAT

2 DAN 3  OKTOBER 2010

PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN


Thursday, September 30, 2010

setelah Ramadhan berlalu...



Setelah Ramadhan berlalu.. Sedar tak sedar dah 21 hari kita beraya. dah habis puasa 6? Cepat sebelum Syawal berlalu. Nanti ganjaran yang Allah janjikan melepas begitu saja.

Amalan ketika Ramadhan dulu jangan ditinggal begitu saja. Cuba sedaya upaya untuk teruskan segala amalan ketika Ramadhan lalu. Ingat! Kita bukan hamba Ramadhan.

nantikan dari unit Media...Risalah siri 2 untuk semester ini! Tak lama lagi insya Allah. Sama-sama doakan. 


p/s: 
1. maaf andai post kali ni terlalu pendek dan ringkas.
2. poster di atas adalah hasil kreatif unit Media. Dah diprint untuk ditampal di mahallah dan kuliyyah.

Tuesday, September 14, 2010

Hebahan 01 - Anda Bijak Jauhi Zina: Dilema Mahasiswa





Gejala sosial di negara kita sudah lama berada di tahap kritikal. Namun, hal isu ini masih lagi tidak berjaya ditangani dengan baik. Pergaulan bebas , penzinaan [ pelacuran ] , arak dan aneka maksiat tumbuh subur bagai cendawan selepas hujan. Lebih menyedihkan lagi apabila gejala sosial dipuja dan dipandang tinggi oleh kebanyakan golongan masyarakat kita. Gejala ini tidak lagi mengenal batas umur. Jika dahulu, gejala ini hanya melibatkan golongan 20an dan ke atas, kini ia sudah menular ke golongan-golongan yang lebih muda lagi iaitu kanak-kanak. Tidak kira sekolah menengah atau rendah. 

Wednesday, September 8, 2010

Salam Lebaran


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, La ilaha illa Allah, Allahu Akbar, Allahu Akbar wa lillahi-l-hamd

Thursday, September 2, 2010

23 Ramadhan

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-23 kita berpuasa. Sedar tak sedar kita cuma tinggal 7 hari saja lagi peluang kita berpesta ibadah. Macam mana amalan kita? Quran dah berapa juzu'? Infaq pula? Sama-sama muhasabah. Berbaki 7 hari ni, jom kita tingkatkan lagi amalan. Ye lah, Ramadhan cuma datang setahun sekali. Lepas ni tak pasti lagi dapat bertemu Ramadhan lagi atau tak. Dan, dalam fasa terakhir Ramadhan adalah fasa pembebasan dari api neraka. Jom sama-sama kita berusaha. Selain tu, Allah juga bagi kita Lailatul Qadar.

Thursday, August 26, 2010

laporan KOMUNIKASI 121

21 Ogos 2010

Kulliyyah Engineering E2-Audi A

En. Roslan Mohamad

en. Roslan sedang berkongsi ilmu dengan peserta Komunikasi 121

Tuesday, August 17, 2010

Bercakap itu SUSAH?


Berbual dengan seseorang merupakan perkara yang mudah walaupun untuk budak tadika, akan tetapi, hendak menyampai mesej kepada seratus ataupun 1000 orang adalah sebaliknya. Walaupun begitu, perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Jika kita dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran yang betul, sesiapa sahaja boleh melakukanya. Oleh itu, kami menjemput anda semua, yang ingin menjadi lagi mantap dengan kemahiran bercakap, ke...

BENGKEL KOMUNIKASI:
 KOMUNIKASI  121 

oleh
 En. Roslan Mohammad,
Director in Charge of Content and Industry Development,
Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC)

pada
21 Ogos 2010 (Sabtu)
di
LT 1, Kuliyyah of Engineering, UIAM

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan

Kakak: Adik puasa tak hari ni?

Adik: Tak.

Kakak: Ha? Kan tadi kita sahur sama-sama. Kenapa adik tak puasa pulak?

Adik: Mula-mula adik dah puasa, tapi dah batal.

Kakak: Adik buat apa? Makan?

Adik: Tak lah. Adik terkentut.

Kakak: (tersenyum)