Thursday, April 28, 2011

Cemerlang dengan Tidur :)



Situasi #1: Suatu Hari di Pertengahan Semester 1, 2010/2011
Mahasiswa B: Apa cerita? Penat semacam je aku tengok hari ni?
Mahasiswa A: Malam tadi terpaksa stay up, macam biasalah.
Mahasiswa B: Ni mesti kes pulun siapkan assignment lagi kan? 
Samalah macam aku dua minggu lepas, maunya tiga hari tak dapat tidur!
Mahasiswa A: Hmmmm. Dah kata student, macam ni la nasibnya..

Friday, April 22, 2011

Program Orang Muda



p.s.: ayuh ramai-ramai meriahkan sambil menimba ilmu tentang masa hadapan ^_^

MUDAH 2011 MELABUHKAN TIRAINYA



Mukhayyam Dakhili 2011 (MUDAH) anjuran IKRAM IPT-Gombak dengan kerjasama WAMY melabuhkan tirainya semalam bertempat di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA. Program berjalan selama 4 hari 3 mlm dan seramai 100 orang peserta menyertai MUDAH kali ini. Program bermula pada sabtu malam di Sekolah Al-Amin untuk sesi taklimat dan ice-breaking seterusnya ikhwah dan akhawat bergerak dengan 2 buah bas ke Masjid Sultan Abd Samad, KLIA pada ahad pagi. Isi kandungan utama MUDAH kali ini adalah bedah buku 'Syahadatul Haq' karangan As-Syeikh Abul A'la Al-Maududi. selama 3 hari di sana para peserta di perincikan secara mendalam isi kandungan buku tersebut oleh Akh Nik Suhaimi dan program diselangi dengan tazkirah, games dan tayangan movie 'The Message' pada waktu malam. 

Wednesday, April 20, 2011

Peranan Mahasiswa Terhadap Sejarah dan Negara


Satu sunnatullah, pemimpin silih berganti. Selepas datang, pasti kan pergi. Walau beralih zaman, walau berombak musim, walau berganti dekad, pasti akan ada pemimpin yang akan menerajui sesebuah masyarakat. Sejarah dunia pernah melihat bagaimana Julio dan Augustus Caesar memimpin ketamadunan Rom. Juga tak dilupa Genghis Khan memimpin empayar  Mongol. Juga Meiji yang merubah Jepun kepada sebuah kuasa baru dunia. Bagaimana Mussolini mengepalai Itali. Bersaing hebat dengan Hitler yang memimpin Nazi.