Thursday, September 30, 2010

setelah Ramadhan berlalu...



Setelah Ramadhan berlalu.. Sedar tak sedar dah 21 hari kita beraya. dah habis puasa 6? Cepat sebelum Syawal berlalu. Nanti ganjaran yang Allah janjikan melepas begitu saja.

Amalan ketika Ramadhan dulu jangan ditinggal begitu saja. Cuba sedaya upaya untuk teruskan segala amalan ketika Ramadhan lalu. Ingat! Kita bukan hamba Ramadhan.

nantikan dari unit Media...Risalah siri 2 untuk semester ini! Tak lama lagi insya Allah. Sama-sama doakan. 


p/s: 
1. maaf andai post kali ni terlalu pendek dan ringkas.
2. poster di atas adalah hasil kreatif unit Media. Dah diprint untuk ditampal di mahallah dan kuliyyah.

Tuesday, September 14, 2010

Hebahan 01 - Anda Bijak Jauhi Zina: Dilema Mahasiswa





Gejala sosial di negara kita sudah lama berada di tahap kritikal. Namun, hal isu ini masih lagi tidak berjaya ditangani dengan baik. Pergaulan bebas , penzinaan [ pelacuran ] , arak dan aneka maksiat tumbuh subur bagai cendawan selepas hujan. Lebih menyedihkan lagi apabila gejala sosial dipuja dan dipandang tinggi oleh kebanyakan golongan masyarakat kita. Gejala ini tidak lagi mengenal batas umur. Jika dahulu, gejala ini hanya melibatkan golongan 20an dan ke atas, kini ia sudah menular ke golongan-golongan yang lebih muda lagi iaitu kanak-kanak. Tidak kira sekolah menengah atau rendah. 

Wednesday, September 8, 2010

Salam Lebaran


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, La ilaha illa Allah, Allahu Akbar, Allahu Akbar wa lillahi-l-hamd

Thursday, September 2, 2010

23 Ramadhan

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-23 kita berpuasa. Sedar tak sedar kita cuma tinggal 7 hari saja lagi peluang kita berpesta ibadah. Macam mana amalan kita? Quran dah berapa juzu'? Infaq pula? Sama-sama muhasabah. Berbaki 7 hari ni, jom kita tingkatkan lagi amalan. Ye lah, Ramadhan cuma datang setahun sekali. Lepas ni tak pasti lagi dapat bertemu Ramadhan lagi atau tak. Dan, dalam fasa terakhir Ramadhan adalah fasa pembebasan dari api neraka. Jom sama-sama kita berusaha. Selain tu, Allah juga bagi kita Lailatul Qadar.