Thursday, December 31, 2009

TASK FORCE @ NEW YEAR

salam..
jom kita santuni remaja kita dengan mengedar risalah di KLCC sempena New Year 2010.
program bermula lepas Asar, then kita bertugas sampai malam. Insya Allah kita akan solat berjemaah dengan ikhwah akhawat lain yang turut serta dalam perjuangan ni. pastu proceed dengan Qiam malam tu di masjid KLCC, bersurai lepas Subuh insya Allah.

moga amal kita diterima Allah sebagai bekal menuju Jannah..ameen.
untuk maklumat lanjut boleh hubungi naqib/ah masing-masing
wassalam.

INI SEJARAH KITA

asslamualaikum wbt...

berita gembira bg mereka yg dahagakan seerah kita yg agung!!
ISK datang lagi..! Khusus untuk ikhwah akhawat 01 and 02 qawiy.
jadi, jangan lepaskn peluang mengutip sebanyak mungkin mutiara dr program ni..

tarikh : 1-2 januari 2010
masa : pagi jumaat hingga tengahari sabtu
speaker : org yg hebat >>hehe..TBD
(info lanjut akan diberitahu kemudian..)

sila confirm kan kehadiran kepada naqibah masing-masing
moga program ni beri banyak manfaat yang berguna supaya kita lebih izzah atas jalan dakwah..=)

Sunday, December 20, 2009

upcoming event: PKN



Bismillahirrahmanirrahim~


PERHIMPUNAN KARISMA NASIONAL 2009
(PKN 09)



dan


SAMBUTAN 10 TAHUN KARISMA




InsyaAllah akan berlangsung pada

25 & 26 DISEMBER 2009
bersamaan dengan

8 & 9 MUHARRAM 1431H

JUMAAT & SABTU

Bertempat di

Masjid Umar Al- Khattab

Bukit Damansara

Yuran Pendaftaran

RM 35
(2 hari 1 malam + cenderamata)

Anjuran
KARISMA Nasional

Dengan Kerjasama
KARISMA Petaling Jaya

Friday, December 18, 2009

hijrah, yuk! - a short reminder



Bismillah.


Jumaat yang baru saja berlalu menandakan tamatnya minggu kedua dari keseluruhan 14 minggu tempoh pengajian untuk semester ke-2 sesi 2009/2010. Hari yang sama juga menyaksikan kehadiran tahun baru 1 Muharram 1430 Hijrah. Justeru, pihak Karisma IIUM Gombak dengan penuh berbesar hati mengucapkan..







Lumrah kehidupan sebagai manusia, pastinya setiap dari kita pastinya mempunyai banyak kekurangan dan masih jauh dari kesempurnaan. Peningkatan diri dan pembaikan pula hanya akan datang melalui perubahan-perubahan yang sanggup kita lakukan. Prinsipnya mudah. Kalau tak mahu duduk di takuk lama, kita harus berubah. Kita mesti berhijrah. Hijrah itu pula, asasnya adalah cinta. Kerana cinta bakal melahirkan kekuatan. Cinta kepada kebaikan, akan menjadikan kita kuat dalam usaha meraihnya. Contoh mudah, cinta Ar-Rasul terhadap Allah dan deen inilah yang telah menggagahkan beliau saat kakinya melangkah ke Madinah, sebuah negeri asing yang jauhnya lebih kurang 340 km ke utara Mekah. Beliau dan Abu Bakr r.a. nekad meninggalkan Mekah, tanah tumpah darah yang amat dekat pada hati mereka, demi membina sebuah negara Islam yang menjunjung tinggi syi'ar-syi'ar deen ini. Inilah antara pengorbanan-pengorbanan yang dilakukan atas dasar cinta, oleh Ar-Rasul dan para sahabat, sehingga Islam mampu sampai kepada kita semua, pada hari ini.

'Hijrah' dan 'Pengorbanan' - suatu yang tidak dapat dipisahkan lagi. Mungkin boleh dikatakan, signifikan kedua-duanya dari sudut pandangan kita sebagai individu-individu muslim adalah: Jika kita mahukan kebaikan, kita mestilah sanggup mengorbankan sisi-sisi jahiliyah dalam diri. Demikian juga lah, kalau kita inginkan kecemerlangan sebagai seorang pelajar, sikap malas haruslah dibuang jauh-jauh.

Wallahu'alam.


p/s: Semoga kedatangan tahun baru hijri di peringkat awal semester ini menyemarakkan lagi semangat kita untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Marilah sama-sama beristighfar atas dosa-dosa yang telah kita lakukan, serta berniat dan bertekad untuk melakukan sebanyak mungkin amal soleh tahun ini, dan tahun-tahun akan datang, sehingga kita bertemuNya dalam sebaik-baik keadaan. Ameen.


p/s 2: Harapnya masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Datang, Welcome dan Ahlan Wa Sahlan kepada pelajar-pelajar baru Taman Ilmu dan Budi - semoga kehadiran anda semua mendamaikan lagi bumi IIUM yang kita kasihi. Buat para senior pula, Selamat Kembali kami ucapkan! ^_^

Thursday, December 10, 2009

SAMPEL DATANG LAGI!!!

SAMPEL SEM 2 09/10

TARIKH
12 DISEMBER 2009 (SABTU)

MASA
7.30am-12.00pm
*berkumpul di tangga Firaun UIA (tangga besar)

LOKASI
Ulu Yam

YURAN
RM1.00 sahaja

Sarapan disediakan!!!
Tempat adalah terhad!!!

Hubungi (sebelum 11.27am, khamis, 10 Disember)
Marwan Abdullah 013-6281762
Wan Nurul Syifa' Wan Rahiman 013-2799886

Anjuran
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia Gombak

Untuk siapakah SAMPEL ini diadakan???


1-Untuk menyambut ahli-ahli usrah yang baru sahaja mendaftarkan diri di UIAM Gombak pada sem 2 09/10 (peserta yang diraikan).

2- Untuk mad'u-mad'u berpotensi yang ingin ditajmi'kan (peserta am).



Apakah langkah kita?


1- Menyebarkan dan menyemarakkan keghairahan ahli-ahli usrah yang baru tersebut untuk hadir ke program ini. (khusus ditujukan kepadanaqib dan kenalan rapat.)

2- Menyebarkan dan menyemarakkan keghairahan mad'u-mad'u berpotensi untuk hadir ke program ini. (Khusus ditujukan kepada semua sahaja yang berada di dalam sistem).

3- Pada masa yg sama, biro promosi dan publisiti akan mengedarkan jemputan kepada peserta yang diraikan dan peserta am melalui pesanan khidmat ringkas (sms).



Biro Promosi dan Publisiti SAMPEL....

Tuesday, December 1, 2009

Kenyataan Media KARISMA Mengenai Usaha Meneliti Semula Sukatan Kursus BTN

KARISMA Setuju Usaha Meneliti Semula Sukatan Kursus BTN


Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) bersetuju dengan keputusan jemaah menteri untuk meniliti semula sukatan kursus Biro Tata Negara (BTN) dan memastikan program ini menyemai semangat patriotisme dan nilai positif yang sebenar di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia seperti yang telah digariskan dalam objektif kursus tersebut.


Penelitian tersebut harus melibatkan pendapat masyarakat madani melalui wakil sedia ada seperti aktivis masyarakat, badan bukan kerajaan, ahli akademik dan mahasiswa yang pernah menghadiri kursus ini. Pandangan dari semua pihak perlu diambil kira sebelum penelitian menyeluruh dilaksanakan agar usaha mengemas kini sukatan tersebut benar-benar berkesan dan bukan hanya mencukupkan syarat semakan semula sukatan kursus.


25 November lalu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Exco Pendidikan Tinggi, Dr Halimah Ali telah mengumumkan bahawa semua kakitangan kerajaan negeri dan pelajar IPT milik kerajaan negeri itu dilarang menyertai kursus BTN kerana kursus tersebut bermotifkan doktrinasi politik dan perkauman. Sebagai maklumbalas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menafikan dakwaan serta menyebut bahawa sekiranya kerajaan negeri Selangor tidak mahu menyertai kursus BTN, maka itu adalah pilihan kerajaan negeri Selangor sendiri.


KARISMA turut mendapat maklumbalas daripada mahasiswa yang telah menyertai kursus tersebut bahawa dakwaan yang dibuat oleh Dr Halimah Ali ada kebenarannya. Memupuk sifat jati dalam diri setiap warganegara Malaysia adalah amat wajar, namun sekiranya penyampaian pengendali kursus menyentuh sensitiviti kaum, pasti ianya akan menyebabkan akal waras peserta sukar menerima fahaman yang diberikan. Dakwaan adanya tuduhan terhadap individu-individu tertentu yang dilihat bertentangan dengan haluan kerajaan pusat juga tidak perlu dilakukan di dalam kursus yang bertujuan menanamkan sikap patriotisme dan perpaduan masyarakat. Apatah lagi jasa-jasa kerajaan adalah sebenarnya tanggungjawab sebuah kerajaan yang dilantik rakyat, bukanlah senarai budi yang perlu dikenang dan dijadikan hutang oleh rakyat.


Meskipun modul JARI (Jasmani, Rohani, Emosi dan Intelek) sejak sekian lama digunakan dalam kursus BTN didakwa berjaya memupuk semangat patriotik namun kadangkala terdapat beberapa pengendali kursus ini yang telah mengambil kesempatan menimbulkan fenomena perkauman dan doktrinasi politik seperti yang didakwa oleh exco pendidikan kerajaan negeri Selangor baru-baru ini. Dakwaan ini perlulah dikaji dan diatasi segera oleh pihak yang berwajib.


Tegasnya, KARISMA berpendirian bahawa usaha mengemas kini dan menyemak semula sukatan kursus BTN perlu diteliti dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak. Hasil semakan tersebut juga perlu didedahkan kepada umum supaya kerajaan dilihat adil dan telus berhubung isu ini. KARISMA juga menyarankan supaya latihan produktif yang selaras diberikan kepada semua pengendali kursus agar objektif kursus dalam menyatupadukan kaum dan semangat cintakan negara tercapai. Usaha ini harus dilaksanakan bersungguh-sungguh oleh Jabatan Perdana Menteri kerana sebelum ini sudah terdapat aduan dari ibu bapa peserta mengenai BTN tetapi tidak mendapat liputan seperti yang berlaku selepas larangan kerajaan negeri Selangor ini.


Pencapaian kursus Biro Tatanegara dengan mendapat maklum balas daripada peserta kursus akan datang diharapkan bersih daripada sebarang dakwaan doktrinasi politik mahupun perkauman. Adalah juga diharapkan sukatan kursus BTN yang baru benar-benar meningkatkan semangat cintakan negara, taat setia dan perpaduan masyarakat Malaysia seperti mana yang ingin diketengahkan dalam konsep 1 Malaysia.


Kesimpulannya, KARISMA ingin menyarankan tiga perkata utama sepertimana yang telah disebutkan diatas iaitu:

1. Usaha mengemas kini dan menyemak semula sukatan kursus BTN perlu diteliti dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak.

2. Hasil semakan tersebut juga perlu didedahkan kepada umum supaya kerajaan dilihat adil dan telus berhubung isu BTN.

3. Latihan produktif yang selaras diberikan kepada semua pengendali kursus agar objektif kursus BTN ini dapat dicapai.


--
ABDULLAH OMAR BIN MUHAMAD FUAD
PRESIDEN
KELAB RAKAN SISWA ISLAH MALAYSIA (KARISMA)