Sunday, February 28, 2010

LAPORAN: SEMINAR MARS &VENUS

MEN ARE FROM MARS
WOMEN ARE FROM VENUS
CHILDREN ARE FROM HEAVEN
TO LIVE TOGETHER ON THE EARTH
~dr HAR~

alhamdulillah..tanggal 26 feb 2010 yang lalu, pihak KARISMA daerah Gombak dah pon berjaya menganjrkan 1 seminar yg diberi nama MARS & VENUS, dengan kerjasama penuh dari pihak JIM

walaupun pada awal paginya hujan turun dengan lebat, tapi semua peserta yg dah mendaftar tetap datang untuk sama2 memeriahkan majlis.

pengisian 1 disampaikan oleh dr HARLINA mmg mantop. diselangi pulak dengan pengalamn2 yg DR Har sendiri alami, mmg mengagumkan

slot 2 & 3 disampaikan oleh PAK UTIH. semua peserta terlalu kusyuk mendengar. tak sedar masa dah nak habis. malah, PAK UTIH tak berhenti untuk rehat pon. peserta pon x de yang keluar untuk minum teh. sayang nak tinggal masa untuk bersama PAK UTIH.

lepas ni, harap2nye MARS dapat laah memahami VENUS ni ye, begitu juga sebaliknya. kurangkan miscomm ketika berhubung. disamping tu jage lah batas2 yg telah digariskan oleh syara'. moga hidup lebih berkat.

kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi
**gambar upload nanti ye=)

Monday, February 22, 2010

Seminar Mars & Venus

Ingin tahu....
Perbezaan antara lelaki & wanita?
Cara-cara bekerja yang berkesan antara silang jantina;
Tanpa melanggar batasan syara'?

Jom, ikuti kami dalam program yang julung-julung kali diadakan:

Seminar Mars & Venus


.:.Jumaat, 26 Februari 2010.:.
.:.8.15 am - 5.45 pm.:.
.:.Mini Auditorium.:.
.:. bayaran rm 7 sahaja untuk makanan, bahan program & sijil .:.

Untuk pendaftaran & maklumat lanjut,
hubungi PIC kami,
Rabbani 017-9187809
Awatif 013-5016269

atau kunjungi booth Karisma yang akan dibuka di hadapan ITD,
dari Isnin-Khamis (22-25/2/2010) jam 8 pg - 5 ptg.

Ayuh, jangan lepaskan peluang! Tempat adalah terhad~


-Dibawakan khas kepada warga UIAM oleh Karisma UIA Gombak

Monday, February 15, 2010

Laporan Ringkas MIN '10

Pada 14 & 15 Februari 2010, suatu Muzakarah IPT Nasional anjuran Karisma Nasional & Karisma Daerah Petaling telah berlangsung dengan jayanya di SAMTTAJ Shah Alam, Selangor. Program dua hari satu malam yang telah menghimpunkan penggerak-penggerak Karisma IPT seluruh negara ini turut dihadiri oleh 7 orang wakil Karisma Daerah Gombak yang terdiri daripada 2 orang Ikhwah & 5 orang Akhawat. Antara agenda muzakarah kali ini ialah pembentangan SP (Strategic Planning) Karisma untuk tahun 2010 - 2012 yang bakal diperkasakan dan dibumikan di setiap lokaliti demi mencapai Fikrah Islam Dominan di Alam Kampus menjelang tahun 2015 (FIDAK 2015). Selain itu, para perwakilan turut dihidangkan dengan satu slot khas daripada Presiden JIM iaitu Tuan Hj Zaid Kamaruddin. Slot terakhir yang diadakan sebelum majlis penutup pula adalah perbincangan atau 'brainstorming' daripada setiap lokaliti untuk memberi feedback yang telus kepada Karisma Nasional berkenaan perkembangan da'wah & tarbiyah di kampus masing-masing.

Berikut dikongsikan sedikit sahaja foto yang sempat diambil lantaran kesibukan ahli-ahli perwakilan KDG mencerna isi-isi muzakarah.

Tekun mendengar & memerhati

Suasana dalam dewan semasa sesi pembentangan SP
oleh Akh Auzan, mantan Ameer K-UIA

Antara kelas-kelas di SAMTTAJ yang dimanfaatkan

Selamat tinggal SAMTTAJ~
Selamat kembali ke lokaliti masing-masing untuk menunaikan amanah!

"Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan" (9:105)

Sunday, February 14, 2010

say NO to valentine




"Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku sebagai permaisuri di hati…"

Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya. Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan "supercalis" bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From your Valentine".

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

Semoga anda semua mengambil iktibar!!! Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal ia adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol...

Sunday, February 7, 2010

BBQ Akhawat


Ahad, 070210

Lokasi: Riverside

Penglibatan: Ironchef(s) yang berbakat^^

Menu utama: Ayam!!

Ayam-ayam 'in action', disantuni oleh penangan bara api,
serai & seasoning, ditangani oleh chef-chef handalan iium


Nak tahu hebat tak hebat chef-chef import kita ni,
kenalah tengok hasil masakan mereka:


v
v
v
v
v


Tadaaa!
Hasil pembakaran yg penuh fokus & wibawa:
Nampak sangat garing & sedap, kan? :D

Side menu: Coleslaw

Lagi sedap dari coleslaw kfc. Serius! :D

'Maaidah' yg tersedia selepas puas 'bermain api'

Set lengkap ini datang sekali dgn fruit coctail.
Siapa tak hadir wajar merasa cemburu :D

-Penutup kata-
Tamatlah sudah:
Food Combo, Spiritual Buffet, Skill enhancement &
Bond of ukhuwwah. Semoga Allah mempertautkan hati-hati kita,
dan menjadikan kita anak-anak rantai dalam jalan juangNya. Ameen:)


p.s. Terima kasih kepada semua yang hadir & sudi mengorbankan masa hujung minggu utk turun BBQ berjama'ie! Anda semua memang cool B-). Credits kepada pemilik kamera & gambar. Semoga kita bertemu lagi dalam program-program akan datang~

Wednesday, February 3, 2010

PESTA MANDI SAFAR! dah buat?

BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.

Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.

Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.

Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.

Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya:
"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.''

Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik.

Tuesday, January 26, 2010

AM 2

Di saat hening pagi hari kedua, langit yang sepi bertebangan seekor burung hendak mengintai perkembangan peserta2 Akademi Murabbi di masjid KLIA (bukan masjid KLCC ataupun Masjid Wilayah mahupun Balai Ketibaan KLIA >:D )


Marwan memulakan harinya dengan yang 'tersayang'


Para brothers yang sedang berusaha membuat rekod timbang bola 50x sebagai persiapan untuk target yang lebih besar


Akhirnya rekod berjaya dipecah…(lepas ni bole la target tarik 50 mad`u)


Ikhwah sedang focus memberikan sepenuh perhatian

Di dalam kekhusyukan mendengar pengisian adanya ‘ketenangan’

Sedang membaca Naruto…Sasuke sedang bertempur dengan Danzo dan Zahid berjuang di UIA


Rahman dan Usamah a.k.a. AJK keselamatan sedang memeriksa makanan… (ye ke...>:D)


Teh pudina dari akhi Nik sememangnya terangkat…


Sedang membincangkan isu2 semasa di warung kedai teh Nik Su


Zahid: ok, ini planning untuk QYC sem 3 nanti. Korang juz ikut jer…pokoknye wala`


Marwan: apa kite nak plan untuk tarbiyyah budak2 UIA?

Zahid: Hmm..Kalo buat jaulah Sarawak ok gak rasenye, bole la gi rumah ana sekali


Bergambar di tengah masjid..(usamah n najib cuba meniru gaya dlm filem salah satu babak filem TITANIC)

Menjadi model untuk tiang2 di masjid KLIA

Para ikhwah sedang bersembunyi di bergambar ala2 filem Hindustan