Sunday, December 7, 2008
Wednesday, October 15, 2008
MUZIUM SHAH ALAM
h
h
Dewan Makan & Seminar (Sector D)
h
H
H
Ruang Legar Dewan (Sector G)
H
H
Padang Bola Antara Menara MBSA & Muzium (Sector H)
Monday, October 13, 2008
TAHNIAH BUAT MUJAHID & NIHLAH
Untuk mengikuti perjalanan majlis mereka, sila lawati...
Wednesday, October 1, 2008
PERUTUSAN HARI RAYA AMEER K-DG
Segala puji dan syukur kita panjatkan kepada Allah yang telah mengurniakan suatu bulan yang istimewa iaitu bulan Ramadhan. Moga Allah menerima segala ibadah yang telah kita buat di sepanjang bulan tersebut. Esok (1/10/08) kita akan bersama-sama menyambut ketibaan 1 Syawal dan kita raikan dengan penuh kegembiraan. Dalam kesempatan ini ada beberapa perkara yang ingin diucapkan buat diri sendiri terutamanya dan sahabat-sahabat sekalian:
1) Ambillah masa untuk bermuhasabah...
Saudara-saudari ku yang dikasihi di penghujung Ramadhan dan di awal syawal ini marilah kita merenung sejenak bagaimana kita menghabiskan masa-masa Ramadhan kita. Sudahkah kita menyahut seruan Allah untuk mewajibkan puasa agar kita menjadi orang yang bertaqwa?? Koreksi mata kita adakah ia masih liar melihat maksiat, telinga kita adakah masih suka mendengar kalimah-kalimah maksiat,mulut kita masihkah suka mengumpat dan mengeji, paling utama adakah hati kita masih lagi menghitam dengan perkara-perkara yang menyesatkan. Berfikirlah sejenak wahai diriku dan sahabat sekalian, jika jawapannya masih lagi ya, berdoalah bersungguh-sungguh kepada Allah kerana bulan agung ini pun masih lagi gagal membentuk diri kita, jika jawapannya tidak maka bersyukurlah kerana kita benar-benar menepati makna Hari Raya Aidilfitri iaitu mengembalikan diri kita kepada fitrah.
2) Ambilah masa untuk berukhuwwah
Pada 1 syawal pulanglah bersama keluarga dan berjumpa kembali dengan sanak saudara, kuatkan kembali rasa kasih sayang antara kita. Mohon maaflah andai sepanjang kita hidup ini begitu banyak kesilapan dan kesalahan yang dibuat. Jika sudah tidak berkesempatan untuk mengirim kad raya manfaatkan lah SMS yang ada. Selain itu, ambilah peluang untuk saling ziarah menziarahi antara satu sama lain. Di saat berziarah atau pulang ke kampung itu bukanlah medan untuk kita menunjuk-nunjuk apa yang kita ada, sebaliknya sahutlah firman Allah sebaik-baik manusia adalah yang bertaqwa. Merendah diri lah pada orang lain, walaupun kita mungkin tidak bersetuju dengan sesetengah perkara tetapi rendahkanlah diri kita agar yang paling penting Ukhuwah tetap terpelihara.
3) Ambilah masa dengan berhati-hati
Buat yang bermusafir pulang ke kampung pandulah dengan berhati-hati, jangan jadikan 'peribahasa melayu apa yang dikejar tidak dapat yang dikendong keciciran suatu realiti' Manfaatkan lah setiap masa dengan sebaiknya,boleh jadi kita tidak akan dapat berjumpa lagi dengan mereka yang kita jumpa sekarang. Luangkanlah masa dengan sebaiknya. Pastikan masa yang kita luangkan untuk mereka adalah masa yang sangat berkualiti.
Akhirnya, dikesempatan ini secara peribadi ana ingin memohon maaf diatas segala kesilapan yang dibuat, dan mewakili Karisma Daerah Gombak kami memohon kemaafan daripada sahabat2 sekalian andai kehadiran kami telah membuatkan mana-mana pihak terguris hati dan sebagainya. Kami mohon agar Allah menjadikan Ramadhan yang telah dilalui sebgai Ramadhan yang terbaik buat kita semua dan Syawal yang mendatang menjadi Syawal yang terhebat buat kita semua.AMIN
Min:
ZanHassan
Ameer Karisma Daerah Gombak
Baytul Fareed 5.30pm 30/9/08
Thursday, September 18, 2008
Bersempena dengan bulan Ramadhan yang pahalanya berlipat-lipat kali ganda daripada bulan-bulan biasa, maka KARISMA Daerah Gombak mengajak antum semua menggembirakan dan berkongsi kesedihan bersama mereka-mereka yang diuji Allah dengan ujian penyakit...
InsyaAllah ziarah akan diadakan seperti berikut:
Tarikh
21 September 2008 (Ahad)
Waktu
2.00 ptg hingga 5.00 ptg
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:
Ziarah dari katil ke katil, berkongsi kesedihan bersama pesakit...
Bermain bersama bayi-bayi comel...
.
Dan banyak lagi aktiviti menarik!!!
Jangan lepaskan peluang, JOM ZIARAH!!!
.
Untuk Menyertai, sila hubungi:
Nuh Zuleffendi: 013-2465610
Syazwani: 013-9971904
.
"Jom Berlumba-lumba Melakukan Kebaikan di Bulan Mulia"
Wednesday, August 27, 2008
Sunday, August 24, 2008
ROAD SHOW PALESTIN (RSP) 2008
.
Booth di Ruang Legar Klinik Vijay, Greenwood
.
Bagi booth Palestin di Grenwood, Konvoi RSP 2008 sekali lagi memilih ruang legar sebuah klinik iaitu Klinik Vijay sebagai pusat penyebaran dan jualan barangan Palestin di Greenwood. Bagi anggota-anggota yang menjadi approacher, ikhwah diberikan taklifan untuk menyebarkan risalah diseberang jalan utama iaitu berdekatan Desa Minang manakala akhwat diberi taklifan untuk menyebarkan risalah dikawasan perniagaan Greenwood. Usaha menyebarkan informasi berkaitan isu Palestin di Greenwood berjalan dengan lancar sekali dan kira-kira jam 6.30 petang, RSP 2008 menutupkan tirainya dan akhi Auzan Hasanuddin sebagai Ameer K-DG memberikan sepatah dua kata sebagai ucapan penutup RSP 2008. Kira-kira jam 6.45 petang, semua anggota RSP selamat pulang ke kediaman masing-masing membawa seribu satu kenangan indah untuk dijadikan pengalaman berguna dan bekalan untuk terus tsabat menjalankan usaha da’wah.
.
Antara Pengunjung Booth di Greenwood
.
Ikhwah Selesai Menyebarkan Risalah dan Pulang ke Booth
Ucapan Penutup oleh Ameer K-DG
.Seperti yang diketahui, RSP 2008 merupakan permata sulung K-DG selepas K-DG memilih isu Palestin sebagai niche area untuk semester ini. Maka, RSP 2008 sebenarnya lebih kepada eksperimen untuk menjalankan kajian dan pembangunan untuk RSP 2009 akan datang. Sebarang kelemahan yang timbul akan dijadikan pengajaran dan iktibar untuk masa depan dan kejayaan yang diraih, akan ditingkatkan lagi bagi menghasilkan output yang lebih baik pada masa akan datang. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang menyumbang untuk RSP 2008 sama ada usaha yang kerdil atau besar, semoga Allah mengganjari usaha kalian semua dengan sebesar-besar ganjaran.
.
Alhamdulillah wa syukr lillah….
.

