Sunday, July 31, 2011

Karya SEEK 1432H - Sajak #1

Hello... kau datang lagi. 
Mungkin patut aku berikan salam, namun siapa aku untuk berpura-pura alim depan kau.
Seadanya rock and roll aku ini menanti-nanti kehadiran kau.

Kau apa khabar?
Kau sedih ke?
Kau datang tapi semua orang buat dekk je.
Kau buat diskaun,sale pahala besar-besar... tapi takde orang nak grab.
Orang ingat kau tipu, atau
Orang tak caya kau, atau
Orang sekarang dah tak kisah
Kau ada... kau tak ada... sama je.

Merajuk ke?
Aii,aii jangan gitu.
Jangan putus asa dengan society
Dorang cuma perlukan lampu
Okla... bukan lampu, cahaya
Kau doa-doakan la sekali
Kalau kau tengok je macamana dorang nak berubah macam magik

Aku pulak...
Hidup aku macam biasa. Penuh dengan sunshine. 
Kadang-kadang overheat, perit. 
Kadang-kadang warm enough, just nice.
Tapi kau boleh buat aku rasa better kan?

Kau buat aku lebih tenang, lebih sabar, lebih kontrol baran.
Kau berikan aku senyuman di kala hujung senja yang memeritkan.
Kau buat badan aku lebih ringan, menyambung line dengan Tuhan.
Kau penuh dengan janji-janji manis yang gerenti dikotakan.

Kau memang rock.
Kau memang cool.

Aku caya sama kau.
Aku sayang kau.

Welcome back Ramadhan...

nukilan ukht mardhiyyah :D

Thursday, July 21, 2011

Ramadhan :)



 'EVERYDAY IN RAMADHAN, IS RAMADHAN'

Sesungguhnya Ramadhan itu satu bulan yang sangat indah pada malam dan siangnya, dan mengindahkan bagi mereka-mereka yang menghidupkannya.

"Memasuki Ramadhan bererti memasuki atmosfir ibadah penuh kesan, kenangan, amal, ibadah sebulan lamanya..." -Solikhin Abu 'Izzuddin

Thursday, July 14, 2011

Wacana Tarbawi: Suatu Perkongsian


Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah, suatu wacana tarbawi anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia telah berjaya dilangsungkan pada tarikh 11 Julai 2011 yang lalu. Dihadiri pendokong da'wah dari seluruh tanah air, majlis yang berlangsung selama kira-kira 3 jam tersebut seakan menjadi medan di mana ikhwah dan akhawat dari seluruh negara dipertemukan - semuanya dengan hasrat murni ingin mendengar taujihat, nasihat dan pedoman dari seorang tokoh yang besar dari segi umur dan besar juga dari segi ilmu, pengalaman serta hikmahnya.

Monday, July 4, 2011

HEBAHAN: Seni Eid Mubarak, SEEK 1432H.

Sempena cuti semester yang panjang serta Sya'ban yang sudah menjelma yang menunjukkan bulan dirindui hampir tiba, KARISMA Gombak mengadakan pesta menyambut Ramadhan 1432H yang dinamakan Seni Eid Mubarak, SEEK 1432H.



Seni Eid Mubarak, SEEK 1432H
SEEK 1432H adalah sebuah projek menghasilkan karya-karya yang berkaitan dengan bulan Ramadhan alMubarak dan akan disebarkan sepanjang bulan Ramadhan 1432H yang bakal tiba. SEEK mensasarkan penglibatan semua ahli KARISMA Daerah Gombak serta ahli-ahli IKRAM